SABAN hari kita mendengar banyak kisah kerosakan wajah pada wanita yang menggunakan produk kosmetik lokal. Kerosakan ini bukan sekadar menggunakan produk yang dibeli pasar malam malahan ada produk kosmetik yang menipu nombor KKM.

Bayangkan betapa sukar untuk mendapatkan kembali wajah yang asal kerana tersilap memilih produk kosmetik ini? Ada yang berhabis duit terpaksa berulang alik menemui pakai kulit kerana mengalami kerosakan pada wajah yang sangat teruk kebanyakkannya berlaku pada wanita yang mempunyai kulit wajah yang sensitif. Ada juga yang mengambil masa berbulan-bulan untuk pulihkan kembali wajah asal mereka.

PRODUK DARI NEGARA JIRAN

Sepatutnya produk kecantikan dan kosmetik ini pembuatannya perlu dilakukan oleh kilang yang berdaftar dan produk wajib mendapat kelulusan KKM. Tapi ramai penjual menggunakan pendekatan mudah dengan mengimport bahan-bahan kosmetik ini dari negara jiran sama ada dijenamakan semula.

Dimana kita sedia maklum, produk dari negara jiran seperti Thailand tidak mendapat kelulusan KKM kerana kebanyakkannya mengandungi kandungan bahan kimia seperti merkuri yang tinggi.

Pendedahan lelaki ini bakal membuka mata kita, khususnya kaum hawa tentang betapa pentingnya untuk memilih produk kecantikan yang dipercayai.

Ini perkongsian Ah Meng, pekerja kilang yang membuat bekas-bekas plastik dan kaca untuk produk kosmetik tempatan.

Bagaimanapun tidak semua produk lokal tidak bagus. Anda perlulah bijak dan jangan hanya kerana kawan pakai nampak cantik, terus berebut-rebut hendakbeli juga. Semak dahulu nombor KKM produk dan tunggu beberapa bulan untuk memastikan produk yang di pakai oleh kawan itu selamat dan sesuai dengan wajah.

Baca juga, Awas, Produk Kosmetik Popular Ini Sebenarnya Beracun!

SUMBER: Ah Meng

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda