KINI viral di media sosial satu rakaman video yang menunjukkan seorang kanak-kanak dalam linkungan antara 2 hingga 4 tahun, terperangkap di dalam mesin basuh.

Kejadian berlaku di sebuah dobi layan diri di Laundry Bar cawangan HVS Resources Bukit Sentosa.

Pelbagai andaian timbul sehingga ada yang menyangka perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Bagaimanapun menurut pengusaha dobi, Mohamad Nazir Abd Razak, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam Isnin di premisnya itu diketahui selepas dimaklumkan bapa mangsa.

KEJADIAN SEBENAR

“Bapa mangsa menghubungi dan memaklumkan mengenai kejadian sebenar. Sudah pasti saya terkejut bagaimana anak dia boleh masuk dalam mesin basuh.

“Saya dimaklumkan perbuatan itu dilakukan bapa saudara mangsa dengan tujuan untuk bergurau. Saya sangka gurauan itu dilakukan kanak-kanak yang tidak boleh nak berfikir, tapi lebih mengejutkan apabila diberitahu bapa saudaranya itu berusia lingkuan 20-an,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Nazir turut menasihatkan pengguna perkhidmatan dobi layan diri agar mengutamakan keselamatan dan tidak panik jika berhadapan situasi sama.

“Tahap keselamatan perlu diambil kira ketika menggunakan mesin dobi layan diri agar kejadian sama tidak berulang.

“Setiap mesin di kedai dobi selamat digunakan dan ia tidak akan berfungsi dengan sendiri. Paling penting, sentiasa baca arahan pada mesin berkenaan.

“Jika panik, hanya tekan butang ‘reset’ atau matikan suis dan pintu washer akan terbuka dalam masa beberapa saat, ujarnya”.

BACA>>>> Aduhai, Bila Mak Ayah Ambil Mudah Keselamatan Anak…

SUMBER: MStar

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda