INGIN beli rumah sendiri, namun dalam zaman kita sekarang, memiliki rumah adalah terlalu sukar. Ini kerana harga rumah semakin mahal dan perbelanjaan keperluan harian setiap bulan juga semakin bertambah.

Tidak semua orang berpeluang untuk belajar ilmu kewangan yang boleh membantu kita memiliki rumah sendiri dari awal.

Mungkin ada yang rasa sudah terlewat untuk memiliki rumah sendiri dan kekal menyewa rumah sehingga sekarang. Janganlah putus asa kerana setiap keperluan duniawi kita ini jika diizinkan Allah, kita akan memiliki rumah sendiri juga suatu hari nanti.

BACA>>>> Ini Bahaya Beli Rumah Bersama Pasangan yang Ramai Terlepas Pandang

RIWAYAT ALHABIB TOHIR ALKAFF

Di riwayatkan dari alhabib Tohir Alkaff, beliau mendapatkan dari Alhabib Thohir bin Muhammad bin Sholeh Alhamid (Tanggul), beliau berkata ini do’a dari Alhabib Sholeh Tanggul.

DOA MOHON CEPAT MILIKI RUMAH 

اللهم رب البيت

أسألك بجاه أهل البيت

أن تيسر لي خير بيت

حتى لا نقول يا ليت

Allahhumma robbal bait. As aluka bijahi ahlil bait. An tuyassiro li khoiro bait. Hatta la naqul ya lait.

MAKSUDNYA;

Ya Allah engkau pemilik baitullah, aku memohon dengan wasilah ahlil bait rasulullah, agar engkau mudahkan untukku sebaik-baiknya rumah. Sehigga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah.

Insya Allah dengan izin Allah tidak sampai setahun kita akan diberi rezeki rumah. Jangan lupa biasakan diri memberi sedekah untuk anak yatim minima memberinya sekadar yang mampu dan usap kepalanya dengan penuh kasih sayang.

BACA>>>> Tip Beli Rumah: Semak 18 Perkara Ini Sebelum Beli Rumah Teres

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda