RUPANYA ramai ibu bapa yang tidak tahu pun bahaya botol susu yang ada Bisphenol A (BPA) ini.

BPA ini digunakan oleh pengilang untuk keraskan produk plastik mereka. BPA memang banyak digunakan dalam industri berasaskan plastik.

Walaupun kajian secara terperinci tentang kesan BPA pada manusia masih belum terbukti lagi, tetapi banyak kajian pada haiwan sudah mengesahkan bahaya BPA ni.

RISIKO APABILA TERDEDAH DENGAN BPA

Risiko Bisphenol A

Antara risiko yang mungkin terjadi akibat terdedah pada BPA adalah:

 

1. RISIKO PADA OTAK

Risiko pada otak dan masalah tingkahlaku. National Toxicology Program di Food & Drug Administration ( FDA ) bimbang dengan kemungkinan kesan BPA pada otak dan tingkahlaku pada bayi dan kanak-kanak.

2. PENINGKATAN RISIKO KANSER

Beberapa kajian pada haiwan menunjukkan ada hubungkait paparan BPA dengan peningkatan risiko penyakit kanser.

Dibimbangi juga anak-anak kita yang masih dalam fasa berkembang ni masih tidak efektif untuk buang sisa BPA daripada tubuh mereka.

3. OBESITI DAN DIABETES

Banyak lagi kesan buruk yang lain seperti obesiti dan diabetes walaupun belum dapat dibuktikan kesannya pada manusia.

Walaupun benda ini masih hangat diperdebatkan,  kenapa kita mahu anak kita semua terdedah dengan risiko yang amat dasyat ini?

BACA >>> Baby Walker Jejas Perkembangan Bayi Berjalan, Berisiko Cedera – Doktor

CARA ELAK TERDEDAH DENGAN BAHAYA BPA

  • Cari produk yang bebas BPA ( BPA-free ) untuk anak kita. Bila pilih botol susu, pastikan ada label BPA free.
  • Gunakan bekas makanan yang bukan plastik untuk anak-anak kita. Bekas yang dibuat dengan porcelain, kaca dan stainless steel lebih selamat dan tidak mengandungi BPA.
  • Jangan gunakan botol dan bekas makanan yang retak. Tempat retak itu boleh juga jadi tempat bakteria berkumpul dan BPA juga dikhuatiri boleh bocor ke dalam makanan anak-anak kita.
  • Elakkan makanan dalam tin untuk anak kita. Sebab masih banyak tin yang mengandungi BPA ye.

Semoga anak-anak kita terhindar daripada penyakit-penyakit pelik itu semua.

BACA >>> Doktor Kongsi Risiko Hamil dan Lahir Anak Kembar

SUMBER: Taufiq Razif

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda