BAYI menangis adalah perkara biasa, namun jika tangisan itu berlarutan, anda perlu waspada! Kenapa begitu?

Bayi tidak mampu bercakap. Satu-satunya cara bayi berkomunikasi adalah dengan bergantung kepada tindakan refleks badannya untuk menghasilkan bunyi. Bila bunyi ini gagal difahami atau tidak diberi perhatian, maka bayi akan mula menangis.


Ketahui 7 sebab bayi menangis yang mama ambil peduli;

1. DEMAM

bayi menangis

Sebagai ibu bapa yang baru melalui pengalaman pertama mendapat cahaya mata, tentu sukar untuk mengetahui bayi menangis kerana mengalami kesakitan.

Namun terdapat tanda-tanda yang mungkin boleh membantu anda antaranya;

  • tangannya menggenggam
  • kakinya melurus ke atas bahagian dada
  • wajahnya juga sudah pasti kemerahan semasa menangis

2. KOLIK

bayi menangis

Jika bayi menangis dalam tempoh yang lama iaitu lebih daripada tiga jam dalam satu  hari  dan lebih tiga hari dalam seminggu, ia mungkin kolik! Kolik adalah masalah kembung perut yang sering menyerang  bayi.

Ia berlaku disebabkan tidak sendawa  selepas bayi menyusu, penyuapan makanan yang cepat dan sistem penghadaman dan saraf bayi belum matang.

3. LAPAR

bayi menangis

Bayi anda menangis mungkin masih lapar walaupun baru sahaja selesai menyusu. Ini kerana bayi yang menyusu susu ibu mungkin tertidur awal yang mengakibatkan tidak minum susu dengan banyak.

Sama bagi bayi yang minum susu botol, cepat lapar dan mahu minum kerap.

BACA >>> 5 Cara Hilangkan Masalah Sedu Bayi Dengan Mudah dan Selamat

4. TIDAK SELESA

Bayi tidak selesa dengan cuaca yang panas. Dia berasa tidak selesa pada bahagian leher, perut dan belakang. Jika suhu badan normal, mungkin bayi tidak selesa dengan persekitarannya yang panas. Pastikan ruang bilik atau ruang tamu dalam selesa.

Pasang kipas atau penghawa dingin untuk menyediakan suasana yang nyaman buat bayi. Juga, buka pakaiannya atau pakaikannya baju yang longgar.

5. LAMPIN BASAH

bayi menangis

Anda juga jangan lupa bahawa bayi juga tidak selesa jika lampin basah.  Lampin basah disebabkan kencing terlalu banyak atau membuang air besar.

Oleh itu, pastikan lampin bayi kerap ditukar. Ia juga dapat mengelak masalah ruam.

BACA >>> Ini Tanda-Tanda Bayi Anda Mahu Menyusu

6. RESAH ATAU STIMULASI BERLEBIHAN

bayi menangis

Ada sesetengah bayi berasa kecewa jika  terjaga daripada tidur mendapati anda tiada di sisi atau tidak mendapat perhatian anda.

Malah bayi anda dibiarkan bersendirian terlalu lama. Malah ada juga bayi berasa terlalu letih kerana menerima stimulasi atau rangsangan secara berlebihan.

7. PENAT

Ya bayi anda penat. Oleh itu, sediakan ruang yang selamat dan selesa. Kemudian berikan ciuman dan pelukan untuk memberitahu bahawa anda menyayanginya. Anda juga boleh meninggalkan bayi sendirian dalam bilik seketika.

Tetapi pastikan bayi dalam ruang yang selamat seperti dalam katil. Biarkan bayi bermain dan melakukan aktivitinya sendiri dengan barang permainannya. Malah bayi mungkin tertidur dengan sendirinya.

JIKA MENANGIS BERLARUTAN

Bayi menangis mungkin kerana ingin tidur. Tetapi jika masih lagi tidak berhenti menangis walaupun sudah kelihatan keletihan, segera berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

SUMBER: NingSalmah

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda