AKIBAT ramai mak-mak marah bila ada nurseri atau pengasuh bagi kicap untuk bayi mereka makan. Alahai, mengamuklah mak-mak ni ha!

Paling tidak pun, mereka sendiri yang akan menyiapkan makanan bayi supaya ia lebih berkhasiat sekaligus, senang sikit kerja pengasuh itu.

Tapi, persoalannya di sini, benarkah tidak boleh bagi kicap untuk bayi makan? Ada kesan sampingan atau alahan?

Kicap ini memang menjadi kegemaran ramai terutama golongan dewasa. Kalau tidak ada kicap, putus selera!

BACA>>>> 10 Resepi Makanan Bayi Lazat (6-12 Bulan)

SEBAB TIDAK DIGALAKKAN BERI KICAP PADA BAYI

1. BOLEH JADI PUNCA ALERGIK PADA KULIT

Sebaiknya, kicap dielakkan pada bayi yang berumur dua tahun ke bawah kerana ia boleh menyebabkan alahan, batuk, ruam dan alergik. Senang cakap, tidak bagus untuk tumbesaran mereka yang masih kecil itu.

Namun begitu, jika bayi tiada alahan selepas diberikan kicap, ibu boleh teruskan tapi janganlah selalu kerana deria rasa bayi masih sensitif. Kalau boleh jangan perkenalkan kicap untuk bayi terlalu awal.

2. ANAK BOLEH JADI CEREWET BAB MAKAN

Hal ini kerana, jika mereka sudah diberikan makanan yang berperisa sedap seperti kicap terlalu awal, anak boleh jadi cerewet bab makan bila sudah besar nanti.

Sebab itu, ada sesetengah kanak—kanak tidak mahu makan bila tiada ada kicap dalam nasi. Parah ni!

BACA>>>> Apa Makanan yang Boleh Diberi Untuk Bayi Usia 6 Hingga 12 Bulan?

3. GANTI PENGGUNAAN KICAP DENGAN BAHAN LAIN

Kicap manis atau kicap masin sekalipun, kandungan sodium di dalamnya adalah tinggi dan sekaligus tidak bagus untuk anak.

Sebaiknya, jika nak tambah perasa dalam makanan si kecil, ibu boleh masukkan bawang merah, lobak, ikan bilis, stok ayam dan sayuran hijau ke dalam hidangan mereka. Barulah anak bertambah sihat!

ELAK PENGGUNAAN KICAP

Kesimpulannya, jika anak bawah umur dan masih belajar makan, adalah lebih baik anda mengelak daripada penggunaan kicap ini.

Namun, sekiranya anak sudah berusia dua tahun ke atas, ia boleh diambil tapi dalam kuantiti sedikit. Maksudnya cukup setitik dua saja dalam nasi mereka.

Orang tua-tua kata buat sedap hujung-hujung lidah. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

BACA>>>> 6 Jenis Makanan Ini Ibu Bapa Perlu Elak Beri Pada Bayi Di Bawah 1 Tahun

SUMBER: TheAsianParent

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda