SEBAGAI seorang ibu, adalah penting untuk kita menjaga pemakanan bayi kita dengan baik. Apabila mencuba resepi untuk bayi, kita perlu pilih yang berkhasiat dan sesuai untuk si manja.

Jika sebelum ini anda asyik kekeringan idea untuk mencuba resepi baru dan asyik menghidangkan menu yang sama kepada bayi, apa kata kali ini cuba pula resepi yang kami kongsikan ini!

9 RESEPI MAKANAN BAYI 6-8 BULAN

1. HIDANGAN OAT BERSAMA PRUN

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan oatmeal untuk bayi.
  • 4 biji buah prun.

Cara memasak:

  1. Kisar halus oatmeal
  2. Panaskan kuali dengan api perlahan, kemudian masukkan buah prun bersama 250 ml air.
  3. Setelah mendidih perlahan, masukkan oat dan kacau rata hingga pekat.
  4. Pastikan tekstur oatmeal sesuai untuk bayi. Jika perlu, tambah air untuk cairkan.

NOTA: Jika mahu lebih sedap, sediakan sos prun untuk dihidangkan bersama oatmeal ini.


2. PURI KACANG HIJAU

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kacang hijau (saya guna yang frozen aja)
  • 2 helai daun pudina segar

Cara memasak:

  1. Kukus kacang hijau hingga lembut.
  2. Setelah kacang hijau lembut, angkat dan siram dengan air sejuk.
  3. Satukan kacang hijau dengan daun pudina dalam mesin pengisar. Kisar hingga halus.
  4. Jika perlu, tambahkan sedikit air atau susu (susu badan atau susu formula) ke dalam puri.
  5. Sesuaikan tekstur puri untuk bayi.

NOTA: Lebih bagus, gunakan daun pudina organik. Apa sahaja sayur untuk bayi, lebih baik pilih jenis organik.


3. BUBUR NASI

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan beras (dicuci bersih dan dikisar halus)
  • 1 3/4 cawan air

Cara memasak:

1. Didihkan air.
2. Masukkan beras dan kacau.
3. Biar reneh dan teruskan mengacau sekurang-kurangnya 10 minit.
4. Siap untuk dihidang!

Nota: Untuk mendapatkan kandungan khasiat yang lebih baik, beras perang boleh digunakan sebagai alternatif.


4. PURI BROKOLI BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:

  • 1 kepala brokoli (bahagian floret sahaja)
  • 1 ulas bawang putih
  • Air kosong

Cara memasak:
1. Cuci bersih brokoli dan bawang putih. Jika boleh, gunakan brokoli organik.
2. Kukus brokoli dan bawang selama 10 minit.
3. Kisar bersama sedikit air hingga hancur.
4. Siap untuk dihidang!

BACA>>>> 5 Resepi Makanan Bayi Sedap Berasaskan Labu


5. TELUR KUNING HANCUR

Bahan-bahan:

  •  1 biji telur rebus (ambil telur kuning sahaja)
  • 1 sudu kecil air masak

Cara memasak:
1. Lenyekkan telur kuning hingga hancur.
2. Masukkan air dan gaul sebati.
3. Siap untuk dihidang!


6. BUBUR OAT KURMA DAN KEJU

Bahan-bahan:

  • Oatmeal bayi
  • Labu (dipotong kiub)
  • Bawang merah dan bawang putih (dicincang)
  •  Puri kurma
  • Keju (diparut)
  • Minyak zaitun

Cara memasak:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah.
2. Masukkan labu.
3. Masukkan air dan masak hingga empuk.
4. Masukkan oat dan gaul.
5. Masukkan puri kurma dan gaul.
6. Apabila sudah kembang, masukkan parutan keju.
7. Siap untuk dihidang!


7. BUBUR NASI TAUHU DAN KACANG PIS

Bahan-bahan:

  • 25 g (2 sudu makan) beras
  • 25 g (1 sudu makan) tauhu, dicincang
  • 15 g (1 sudu makan) kacang pis, dibuang kulit
  • 500 ml (2 cawan) stok ayam rebusan sendiri

Cara memasak

  1. Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
  2. Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu),
  3. dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
  4. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
  5. Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.

8. LOBAK KUKUS

Bahan-bahan:

  • 60 g (½ cawan) lobak merah
  • Air yang secukupnya untuk mengukus

Cara memasak;

  1. Masukkan lobak merah ke dalam pengukus atau set penapis dan letakkan di atas air mendidih dan kukus
  2. selama 15 minit atau sehingga lembut.
  3. Masukkan lobak merah dikukus tadi ke dalam mesin pengisar dan kisar dengan menggunakan air yang
  4. secukupnya. Lenyek lobak merah sehingga menjadi puri.

9. PURI JAGUNG LEMAK MANIS

Bahan-bahan:

  • 50 g oatmeal
  • 100 g isi jagung
  • 150 ml susu penuh krim
  • air panas secukupnya

Cara memasak:

  1. Kukus jagung hingga lembut.
  2. Masukkan semua bahan kedalam mesin pengisar, dan kisar hingga halus.
  3. Tambahkan air panas jika perlu. Sesuaikan tekstur untuk bayi.
  4. Biar puri sejuk sebelum dihidangkan pada bayi.

Ada resepi baby food yang ingin dikongsikan? Beritahu kami di ruang komen 🙂

BACA>>>> 10 Resepi Makanan Bayi Lazat (6-12 Bulan)

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda