INILAH perbuatan manusia bertopengkan syaitan, sanggup dera bayi tanpa belas kasihan!

Jumaat lalu, bayi perempuan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atu dikenali sebagai Zara, 11 bulan maut di Hospita Serdang selepas dua hari dilaporkan tenat, dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.

Menurut laporan media, ketika bayi malang itu dihantar oleh ibu bapanya mangsa dalam keadaan kritikal dan diberikan bantuan pernafasan dan hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kesan koyakan baru pada himen dan dubur mangsa.

Kemudian, pihak hospital juga mengesahkan mangsa meninggal dunia 10.30 pagi, selepas dua hari dirujuk ke Hospital Serdang.

Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kesan objek tumpul di kepala dengan tempurung kepala bayi terbabit pecah, selain kesan lebam pada bahagian atas kepala mangsa.

Selain itu, terdapat juga kesan penderaan seksual terhadap bayi berkenaan.

BACA>>> Ibu Tidak Putus Asa! Terus Kumpul Bukti Tuntut Keadilan Anak Meninggal Disyaki Didera Pengasuh

GAMBAR HIASAN

POLIS TAHAN PENGASUH DAN SUAMI

Rentetan laporan itu, polis menahan pengasuh dan suaminya masing-masing berusia 28 dan 36 tahun untuk siasatan lanjut.

“Suami pengasuh yang bekerja sebagai penggunting rambut dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang dan tempoh reman terhadap suspek dibenarkan selama lima hari sehingga 13 November ini.

“Ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati positif methaphetamine,” katanya. Sementara itu, pengasuh itu dibebaskan.

Katanya, kes itu pada awalnya diklasifikasikan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Namun, selepas mangsa meninggal dunia, kes itu diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

GAMBAR HIASAN

BACA>>> 6 Tanda Ini Mungkin Petunjuk Anak Anda Didera

IBU ZARA MAHU HUKUMAN LEBIH BERAT ATAS PELAKU

Sementara itu ibu kepada Zara, Noraihan Ab Aziz, 22 memohon agar dikenakan hukuman setimpal kerana mendera bayi saya yang tidak bersalah dan ada kesan koyakan di kemaluan anak.

“Saya reda dengan kejadian itu tetapi hati saya tidak tenang selagi pelaku tidak dijatuhkan hukuman berat bagi memberi pengajaran kepadanya dan juga orang lain,” katanya.

Noraihan berkata, penderaan itu terlalu kejam kerana anak kecilnya tidak tahu apa-apa dan tidak bersalah.

Katanya, penderaan yang dipercayai dilakukan oleh suami pengasuhnya itu terlalu berat untuk diterima kerana ia tidak masuk akal.

SUMBER: Hmetro | BHarian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda