IBU mana yang boleh menahan kesedihan apabila anak yang dikandungkan selama 9 bulan meninggal disebabkan tangan manusia yang tidak berkeperimanusiaan.

Bukannya tidak redha atas kematian anaknya tetapi ibu ini, Noyu Mohamad mahu keadilan dan berharap agar tidak ada lagi ibu bapa yang menjadi mangsa sepertinya kelak.

Hingga kini, dia masih tidak putus asa untuk mengumpul bukti agar dapat menuntut keadilan buat anaknya. Semoga urusan dipermudahkan!

* Sudah disunting mengikut gaya bahasa BumBumCak. Harap maklum.


PENGASUH PEMBUNUH PUAKA

Akak mempunyai 2 anak bernama Ryu dan Yuki. Akak berniaga online dari rumah, suami pula rakan kongsi sebuah kantin di UiTM Jengka. Ekonomi suami dan akak tidak berapa bagus, akak pun terpaksa mencari kerja dan akhirnya dapat kerja Japanese speaker customer service bagi sebuah syarikat penerbangan.

Akak mula bekerja pada 12 Mac 2018. Tidak tahu dan pertama kali mencari pengasuh jadi kami mencari di Faceboook iaitu Kelab Pengasuh Selangor dan Kuala Lumpur. Yang paling dekat adalah seorang pengasuh yang bernama Norhafizah Laily Tajuddin (Fiza) di Puncak Perdana. Akak dan suami melawat dulu rumah Norhafizah dan mendapati dia ada 3 anak yang masih kecil berumur 4 , 2 dan 1 tahun semua lelaki.

Anak lelaki akak pula Ryu berumur 3 tahun dan baby Yuki 10 bulan. Disebabkan dia ada anak-anak kecil, keadaan rumah masa itu pun bersih (maybe dia sudah kemas siap-siap sebelum kami datang nak kenal) dan tambahan pula dia bercakap dengan lemah lembut, jadi akak rasa dia adalah calon sesuai. Pada 16 Mac 2018 akak mula tinggalkan anak dibawah jagaan Norhafizah.

BACA>>> 6 Tanda Ini Mungkin Petunjuk Anak Anda Didera

ANAK MULA ALAMI LEBAM-LEBAM

Cerita bermula pada 19 Mac di mana akak mula perasan ada lebam-lebam pada Yuki dan Fiza bagi alasan Yuki terjatuh dan lengannya biru sebab diheret oleh budak-budak yang tengah main. Akak yang baru balik dan PENAT BEKERJA tidak mengesyaki apa-apa. Mungkin TIDAK BOLEH BERFIKIR secara logik kerana terlalu penat.

Pada 22 Mac pula ada kesan lebam pada pinggang Ryu dan Fiza mengatakan Ryu bergaduh dengan anak-anaknya. Akak tanya sama ada dia ada pukul anak akak tetapi dia menafikan dengan bersumpah dia tidak buat perkara yang macam itu dan berjanji akan lebih berhati-hati menjaga anak akak. Akak tanya lagi, Betul ke tidak ada pukul atau tangan budak-tangan ini? Sebab Ryu cerita Fiza pukul dia. Fiza jawab,

Alah kak,time depa bising-bising rebut mainan itu, memanglah marah pun setakat marah anak, pukul pun gitu-gitu bagi takut tak ada sampai nak mendera

Pada akhir Mac, Fiza mengambil lagi 2 anak asuhan, adik-beradik berumur 2 tahun bernama Adam dan setahun bernama Aira. Tanpa beritahu pada akak sepatah pun. Sedangkan dia TAHU masa akak cari pengasuh, memang akak cari yang tidak ada jaga anak orang lain.

Akak sudah mula risau kerana ramai sangat, bila akak bertanya kepada Fiza, dia kata tidak ada masalah, boleh uruskan lagipun dia memang tidak buat apa yang lain dan itu saja mata pencariannya. Jadi akak masih percaya lagipun kalau akak hantar nursery keadaan pun sama juga.

Pada 20 April ada kesan lebam di dahi Yuki dan perut Ryu. Fiza minta maaf kepada akak katanya terjatuh sofa dan Ryu pula bergaduh dengan Adam (anak parent satu lagi) ketika itu dia tengah solat. Jadi pada malam itu saya mula mencari babysitter yang lain.

Pada 23 April pula ada kesan lebam di tengkuk kiri kanan dan kemaluan Yuki. Fiza kata dia sental daki Yuki terlalu kuat dan tinggal bekas. Takkanlah baby punya leher berdaki… Hati saya sudah mula ragu-ragu dan mula mengesyaki yang bukan-bukan.

BACA>>> 8 Tip Supaya Ibu Bapa Lebih Relaks Kawal Anak Tantrum

PENGASUH KANTOI HERET ANAK ASUHAN

Pada 25 April akak minta adik lelaki akak mengambil Ryu dan Yuki kerana akak masih di tempat kerja dan mungkin terlambat sikit dari hari biasa. Biasanya 4.30 petang habis kerja akak terus pergi ambil anak-anak. Adik akak bagi salam, tengok pintu memang terbuka dan TERNAMPAK FIZA PUAKA DENGAN SEBELAH TANGAN MENYENTAP LENGAN BABY AIRA yang berumur setahun (iaitu adik kepada Adam, anak asuhan parent yang lain) DAN MENGHERETNYA dari depan pintu ke tengah ruang tamu.

Sejak hari itu akak tidak lagi hantar anak akak dengan Fiza dan adik ipar akak tolong menjaga anak akan buat sementara waktu. Yang peliknya Fiza tidak bertanya sepatah pun kenapa akak tidak letak anak akak dengannya. Akak minta no contact dan Facebook Mak Aira, tapi Fiza tidak bagi. Akak bercadang untuk menghubungi Mak Aira untuk beritahu kejadian anaknya diheret. Akak juga nak melaporkan kepada pihak polis kesan-kesan lebam anak akak sepanjang penjagaannya. Sambil itu akak mencari Taska Atau babysitter atau bibik lain.

Malang sekali, anak-anak akak telah mula demam pada 26 April 2018. Akak bawa anak-anak ke klinik. Akak teringat, sebelum akak keluarkan anak-anak dari jagaan Fiza, Fiza ada tanya Akak.. “Eh kak…Yuki ini memang jenis kejap-kejab demam ya? (Rupanya dia sudah prepare diri siap-siap supaya senang nak salahkan kita kalau anak tidak sihat. Padahal belakang aku lemau kau balun budak-budak ini semua.

Pandai kau berlakon tanya itu ini. Anak akak kalau ada tidak sihat saja, akak akan ambil cuti dan tak hantar pada dia sebab tahu ramai anak lain lagi dalam rumah itu. Akak perasan, sejak akak letak anak- anak dibawah jagaan Fiza, anak-anak kerap panas badan on off, makin kurus dan muka start nampak pipi cengkung.

Bila ditanya anak-anak makan tidak? Dia jawab anak- anak makan banyak sedangkan setiap kali sudah ambil, anak-anak makan macam lahap kelaparan. Yuki, akak bekalkan breastmilk, bila kita check tengok breastmilk bekal freeze tidak bergerak, tanya kenapa? Fiza jawab, Yuki tidak mahu minum, dia nak minum air kosong saja. Baby kot lagi, takkan tak nak susu kan?

YUKI MENINGGAL

Pada 5 Mei 2018 Yuki dan Ryu demam lagi dan dimasukan ke KPJ Selangor. Pada 13 Mei Yuki meninggal dunia di KPJ Selangor, sedih dan pilu hati akak hanya tuhan saja yang tahu. Akak WhatsApp pada Fiza pada 14 Mei jam 2:26 petang bagi gambar Yuki sudah meninggal, gambar jenazah tanpa apa-apa komen, nak tengok reaksi Fiza, dia buka WhatsApp jam 3 petang hari yang sama, online dan blue tick tapi dia boleh buat tidak tau!

Lepas 5 jam baru dia reply (reply WhatsApp ya, bukan call) tanpa rasa terkejut atau rasa sedih (anak asuhan kan… anak- anak pun panggil dia dengan panggilan MAK). Nak tahu apa WhatsApp reply dia? “Innalillahiwainnailahiroji’un Takziah kak…Semoga Yuki ditempatkan di syurga adnin“… akak berdebar dan speechless… hati rasa remuk.

Lepas itu akak sudah mula suspect yang dia memang sudah tahu perbuatan yang dia rahsiakan dari kami itu, sesuatu yang memang kejam dan di laur jangkaan parents. Dengan kesan-kesan lebam di badan anak-anak asuhan semua itu. Sebab tidak puas hati, Akak post dalam FB di beberapa kelab pengasuh untuk nak dapatkan nombor mak Aira, dan akhirnya dapat juga. Ramai parents yang bertanyakan dekat akak apa yang terjadi dan kenapa pengasuh itu tak nak bagi nombor mak aira.

BACA>>> Sebelum Berhajat Mengasuh Anak Orang, Pastikan Ada 6 Kriteria Penting Ini!

PENGASUH DAPAT AMARAN JKM TETAPI MASIH AKTIF MENGASUH

Selepas akak post di Facebook Kelab pengasuh, ramai parent di area yang sama, yang nak letak anak di bawah jagaan Fiza tetapi tidak tahu perangai sebenar Fiza, (Asal Facebook Fiza: FIEZA NHL, then lepas Yuki Meninggal dia punya Facebook: NHL LONG dan lepas  sudah dapat warning dari JKM, jangan buat lagi babysitter sebab sudah ada 2 report polis atas dia, dia buka lagi iklan cari anak asuhan bawah FB: MAK LONG ).

Even Yuki sudah meninggal pun, JKM dan penguatkuasa sudah datang rumah dia bagi warning pun, Fiza masih berleluasa buat iklan cari anak asuhan dengan guna fake FB dgn no telefon yang berlainan. Buat setakat ini akak sudah selamatkan 3 parents yang memang sudah berhubung dan sudah pergi jumpa Fiza untuk letak anak.

Ada parent yang sudah pergi beritahu akak, dahi anak dia yang bongsu, yang umur setahun itu bengkak biru, lebam, bila ditanya kenapa? Fiza jawab sambil senyum-senyum dan gosok dahi anaknya ..”Oooo… ini nyamuk gigit“. Sahlah anak- anak dia pun memang mangsa tangan dia. Fiza bebas tanpa sebarang hukuman. Sampai bila benda ini nak berlarutan? Sampai anak- anak orang lain jadi mangsa?

IBU BAPA ANAK ASUHAN BUAT LAPORAN POLIS

Dapat saja nombor mak Aira pada 18 Mei akak terus hubungi dia dan sangat-sangat terkejut kerana info mak aira kesan lebam itu memang sama dengan anak-anak dia iaitu Adam dan Aira. Alasan juga adalah sama, JATUH SOFA, GADUH ANTARA BUDAK BUDAK, SAH ANAK-ANAK KAMI KENA DERA! RASA SESAK NAFAS MACAM NAK PENGSAN, akak bagi anak akak pada PUAKA untuk menjaganya!

Pada esoknya 19 MEI 2018 suami akak dan mak Aira terus buat report di IPD Shah Alam. Akak tidak boleh pergi sebab Ryu masih dalam wad masa itu. 20 Mei Ryu dari KPJ Selangor dipindahkan ke Hospital Shah Alam kerana kes polis mesti pada hospital kerajaan.

Pihak polis ada melawat, ambil statement dan ambil gambar semua yang jadi mangsa tangan Fiza. Baby Aira dan abangnya Adam pun ditahan di wad yang sama untuk check up dan siasatan kerana takut terjadi nasib macam arwah anak akak, Yuki. Tetapi masalahnya menurut IO kes ini susah nak dibuktikan.

Akak ini tidak tahu nak kata apa masa itu, sudah lah pilu, putus harapan dibuatnya. Akak pelik juga sebab orang sudah jadi abu pun boleh dikesan pembunuhnya, yang dalam tong drum pun lagi boleh dicari. Mungkin kes ini tidak high profile kot. Iyalah, siapalah akak ini kan? Tapi masa itu akak tawakal saja dulu, biar anak akak yang seorang ini, Ryu betul-betul sihat, akak panjat turun naik mana-mana pejabat atau jabatan yang sudi dengar, hulur tangan dan tolong orang-orang yang anak- anak senasib dengan akak.

Bila Ryu sudah keluar wad ramai yang suruh viralkan, tapi akak dan suami memang tengah sangat down. Memang rasa putus asa… sebabnya ibarat serah anak untuk DIKORBANKAN! Harapkan babysitter, Babysitter BERPUAKA!!

BACA>>> Benarkah Anak Perlu Dihukum untuk Belajar Tentang Disiplin?

RYU MASIH TRAUMA

Ryu pula sampai sekarang terpaksa dirawat dan bawah treatment di klinik psikiatri Hospital Shah Alam sebab asyik mengigau, tingkah laku tidak normal dan paling sedih sekali dia asyik tanya ADIK MANA MOMMY!! ADIK MANA? Kenapa MOMMY TINGGAL ADIK YUKI di HOSPITAL! BAGI BALIK ADIK YUKI!

Akak berusaha untuk move on ,nak nangis lepaskan rindu ingat pada Yuki, terpaksa tahan-tahan… takut Ryu nampak sebab doktor psikiatri Ryu sudah pesan… if mother not happy... Ryu boleh rasa. Sedangkan kita nak bagi Ryu sihat dari trauma yang dia tengah alami.

Nak dijadikan cerita (ALLAH MAHA KAYA) kami terjumpa seorang yang mengenali Fiza. ‘Fiza ini memang suka GONCANG BUDAK KAK, DIA PANAS BARAN, ANAK DIA PUN DIA GONCANG, DIA INI KAKI BOMOH, LAKI DIA PUN DIA BAGI MINUM AIR KENCING, ETC ETC’ Akak tanya dia, “Mana adik tahu?” Dia cakap, “Lar kak.. dia goncang anak dia yang baby itu depan kami supaya diam. Perasan tak kak, anak dia yang sulung itu tak boleh bercakap elok lagi, padahal dah umur Ryu. Entah apa dia dah buat pada anak-anak dia. Anak orang lain lagi lah kak. Yang kes bagi laki dia minum air kencing itu dia sendiri yang cerita pada saya supaya laki dia tunduk pada dia, sebab itu depan saya pun dia tengking dan marah laki dia”

Lemah rasa satu badan bila akak dengar cerita ini. ALLAH saja yang tahu… Menitik air mata terbayang kesakitan yang anak-anak sudah alami akibat perbuatan Fiza… SAHLAH FIZA NI MEMANG PERANGAI PUAKA DAN SUKA PUKUL BUDAK!

Bila akak Goggle akak baru tahu yang baby, bila digoncang tidak semuanya on thea spot dapat kesannya tetapi dalam tempoh masa beberapa hari atau bulan yang boleh menyebabkan kematian.

Orang macam Fiza ini tidak boleh dibiarkan merayap dalam kelompok masyarakat. Patut diletakkan dalam penjara! Genap 100 hari Yuki meninggal, semua info pasal Fiza, siapa Fiza yang sebenar, semuanya datang dengan sendirinya. Akak berharap dengan berkongsi apa yang akak sudah alami ini, mendapat sokongan dan pertolongan dari netizen agar anak akak Yuki dapat PEMBELAAN dan KEADILAN.

SUMBER: Noyu Mohamad

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda