PELAKON cilik popular, Puteri Balqis, 11, atau lebih dikenali sebagai Aqish disahkan menghidap kanser. Aqish sebenarnya sudah mempunyai masalah kesihatan tidak menentu sejak awal tahun ini lagi.

Sebelum ini, Aqish dikatakan demam berterusan, pengsan dan muntah darah hampir setiap hari. Aqish juga perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan.


IBU SAHKAN AQISH HIDAP KANSER

#dipinggirneraka @a_aidaproduction

A post shared by PUTERI BALQIS (@rockingbalqis) on

Memetik laporan BHarian, ibu Aqish, NoraShikin Mohd Aziz mengesahkan Aqish menghidap kanser. Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lebih terperinci jenis kanser yang dihidapi Aqish.

Dalam tulisan menerusi akaun Instagram Aqish , NoraShikin berkongsi tip kepada mereka yang mempunyai anak sakit jantung atau kanser, boleh amalkan pengambilan teh basil dan daun pasli.


AQISH SEORANG ANAK KUAT

Walaupun keadaan kesihatan kurang stabil, ternyata Aqish masih mampu tersenyum gembira. Menerusi akaun Instagram, Aqish memuat naik gambar terbarunya dengan kapsyen menyatakan dia tidak akan menyerah dan keadaan kesihatan juga semakin baik.

Kami berdoa agar Aqish dilindungi Allah SWT dan terus kuat mengharungi dugaan hebat ini. Semoga Aqish cepat sembuh.

SUMBER: BHarianInstagram

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda