WALAUPUN ada mengganggap masalah Mummy Meltdown sebagai normal, tetapi jika dibiarkan memang berisiko mendatangkan kesan buruk terhadap diri sendiri dan keluarga.

Ingat, jangan benarkan diri berterusan dibelenggu masalah tersebut. Kita mesti cuba mencari jalan mengatasinya sebelum menjadi kian parah dan sukar diubati lagi. Mungkin kita boleh praktikan beberapa tip di bawah dalam usaha menghindari ataupun sekurang-kurangnya meredakan masalah Mummy Meltdown.

1. RANCANG PERJALANAN HARIAN KITA

Rancang pengurusan keluarga dengan lebih awal daripada persiapan pakaian kerja kita dan suami, barang sekolah anak-anak, pakaian anak ke taska dan tadika hinggalah kepada persiapan makanan harian keluarga sepanjang minggu.

Perjalanan harian yang teratur akan mengurangkan rasa tekanan dan memudahkan kerja kita, sekali gus kurang meletihkan.

2. TIDUR YANG CUKUP

Pastikan kita cukup tidur setiap hari. Selesaikan semua kerja rumah lebih awal. Jadi kita boleh bersedia untuk tidur lebih awal. Tidur yang cukup memberikan kesegaran pada esok hari.

3. MULAKAN HARI DENGAN BAIK

Bangun dan bersiap lebih awal setiap pagi untuk mengelakkan kita menghadapi kesesakan lalu lintas. Tekanan awal pagi boleh menjejaskan mood kita sepanjang hari.

4. JANGAN LETAK HARAPAN TINGGI

Kita jangan mengharapkan anak kita bangun tepat pada masa atau bersiap dalam masa ditetapkan. Jangan, kerana jika kita menganggap anak boleh melakukan mengikut apa yang kita jangka, memang boleh mengamuk dibuatnya.

5. BELAJAR FAHAMI ISYARAT ANAK

Anak kita meragam mungkin ada sebabnya dan cuba belajar isyaratnya. Jika dia masih kecil, cuba fahami kenapa menangis, mungkinkah dia lapar atau penat? Kita akan mula merasa tekanan apabila kita tidak tahu cara memahami masalahnya.

6. ME TIME

Mempunyai masa untuk diri sendiri dalam sehari memang sukar. Jadi pandai-pandailah curi-curi masa ketika bersama anak. Sesekali hubungi kawan rapat untuk berborak, makan dengan selesa, tidur dengan tenang dan mungkin bersolek.

7. SENAMAN

Bersenam ialah salah satu cara yang boleh membantu memberikan tenaga kepada diri, sekali gus memberikan ketenangan minda. Jadi, cuba amalkan senaman tiga kali seminggu walaupun cuma bersenam ringkas dan mudah di rumah.

8. BERMAIN DENGAN ANAK

Luangkan masa bermain dengan anak. Lakukan apa yang menggembirakan kita. Mungkin selepas seronok bermain dengan anak sambil ketawa, semua itu boleh mengurangkan stres kita. Ketawa juga ialah terapi terbaik!

SUMBER: UnInvincibleMom.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda