IBU bapa mana yang tidak mengharapkan anak mereka dilahirkan dan besar dengan sempurna. Namun begitu, ada juga insan yang diberi ujian oleh Allah kerana sayang terhadap hambaNya.

Begitulah nasib yang menimpa Nurul Afidah Baltisya Razia, yang dilahirkan dalam keadaan di mana keseluruhan badan dan mukanya berbulu seperti yang dilaporkan Astro Awani.

BACA>>>> 10 Tip Jadi Supemom: Ibu Bekerja, Anda Boleh Berjaya Dalam Pengurusan Rumah Tangga

KANAK-KANAK INI DILAHIRKAN ISTIMEWA DAN UNIK

Kanak-kanak istimewa ini pernah mendapat perhatian di laman sosial suatu ketika dahulu pada usia 4 tahun.

TOLONG BERHENTI EJEK ANAK SAYA MONYET

Afidah yang kini berusia 10 tahun sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan Kemudi di Bachok sering berkecil hati kerana apabila digelar ‘monyet’ oleh rakan sebayanya. 

Ibunya, Asliza Omar berusia 36 tahun berharap agar orang ramai berhenti mengejek anaknya dengan panggilan yang tidak manis itu.

“Dulu dia selalu tanya. kenapa dia berbulu. Saya cakap dia comel. Di sekolah dia rajin belajar”, kata ibunya.

Menurut ibunya juga, Afidah pernah melenting semasa darjah satu kerana ada budak yang mengejeknya. Tapi sekarang dia sudah cerdik dan dia akan mempertahankan dirinya apabila diejek. Jelasnya, anaknya kini tidak lagi bersedih sekiranya diejek, bahkan dia akan menjawab, dirinya cantik dan unik.

Sebelum ini, Afidah agak malu untuk berjumpa dengan sesiapa tapi kini dia lebih bersemangat, lebih matang, aktif di sekolah malahan peramah dengan orang lain.

Semoga Afidah membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

BACA>>>> Guna 7 Cara Ini untuk ‘Ajar’ Anak Remaja yang Bermasalah

SUMBER: AstroAwani

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda