IBU hamil mana yang mahu bersalin secara pembedahan. Kami juga mahu merasa nikmat sakit bersalin secara normal.

Namun, tidak semua ibu hamil berpeluang bersalin normal. Bagi yang sudah mendapat tarikh pembedahan mungkin boleh memulakan persediaan ini yang dikongsikan oleh Puan Siti Aishah yang mempunyai pengalaman bersalin ceasarean sebanyak 4 kali.

BACA>>> Panduan Lengkap Persediaan Bersalin Secara Pembedahan (Caesarean)

PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL SEBELUM CEASAREAN

1. PERSEDIAAN SEBELUM DIBEDAH

  • RANCANG BANTUAN SELEPAS BERSALIN

Pastikan kita sedar bahawa selepas dibedah, 2 minggu kita hanya mampu uruskan diri dan bayi sahaja. Oleh itu, pastikan ada helper yang akan bantu kita uruskan hal anak-anak yang lain, kemaskan rumah dan bantu suami uruskan hal rumahtangga. Lagi elok lajak sebulan. Lagi cun teruskan 44 hari kalau mampu.

  • SELUAR DALAM

Jangan berangan nak beli yang G string. Beropol-ropol. La senza bagai. Pakai saja spenda mak-mak. Yang tinggi sampai pusat dan an jangan ketat. At least lepas 2 minggu baru pakai yang ketat-ketat.

  • SELUAR ATAU SKIRT

Pakai saja seluar dan skirt mengandung aritu. Yang penting selesa untuk luka pembedahan.

  • BENGKUNG

Pakai strap on untuk 2 minggu pertama. Lepas itu baru pakai bengkung kain.

  • PAKEJ BERPANTANG

Book pakej pantang tanpa sauna. Kadang-kadang bidan sebut tangas tapi dia buat sauna. Tanya betul-betul. Jangan dah buat rawatan baru menyesal. Nanti kak ice highlight apa rawatan yang tidak boleh dibuat pada ibu bersalin czer.

  • MAKANAN PANTANG

Kalau di hospital kerajaan, mereka akan hidangkan semua jenis makanan. Bagi mereka tiada istilah pantang (meskipun sudah banyak kes ibu bentan dalam pantang mereka tidak boleh explain dan asyik kata ibu overthink). So, lauk itu bekukan. Suami bawa setiap hari lauk yang sudah dipanaskan. Masak siap-siap untuk 2 minggu.

  • JAMBAN DUDUK

Kalau pantang balik kampung tidak ada jamban duduk, beli portable toilet untuk orang sakit itu. Jangan cangkung. Tertarik urat dan otot luka itu nanti.

BACA>>> Ketahui Risiko dan Komplikasi Pembedahan Caesarean untuk Ibu Hamil

PERANCANGAN KETIKA BERSALIN

1. KETAHUI BAGAIMANA PROSEDUR BERSALIN PEMBEDAHAN

  • Banyakkan membaca dan rajin-rajinlah bertanya gynae anda macam mana prosedur pembedahan.
  • Ketahui jenis bius yang akan digunakan. Selalunya ibu akan dibius separuh badan. Tetapi jika ada komplikasi, ibu akan ditidurkan untuk mengurangkan risiko ibu.
  • Bila pakar akan masukkan tiub air kencing. Yang part ini kak ice very particular. Memang akan request doktor untuk masukkan selepas badan dibius. Sebab masa anak pertama, disebabkan emergency czer, mereka masukkan sebelum dibius. Rasa nak sepak saja MO masa itu. Bagi kak ice ia lebih sakit dari sakit czer tau.
  • Masa epidural. Memang seram. Selalunya kak ice request nak pegang tangan mana-mana nurse yang ada. Hari ini tidak ada jururawat wanita, tangan jururawat lelaki juga aku sauk. Sebab sudah takut sangat-sangat. Nasib dia tenang saja. Masa ini kita kena tenang. Kena hilangkan rasa takut. Badan tidak boleh dikeraskan. Kena fikir positif. Kena fikir, kalau kita tidak bagi kerjasama, nanti bius tidak jalan. Anda nak ke kena lapah hidup-hidup? Bagi kak ice lebih baik jadi berani dari sakit kemudian hari.
  • Kemudian anda akan rasa tapak kaki korang panas sampai ke pinggang. Dengan keadaan dewan bedah yang sejuk gila, at least “kepanasan” itu sedikit sebanyak menenangkan. Hakikatnya itulah namanya dibius. Dah kebas. Tak rasa separuh badan.
  • Elakkan tengok lampu di atas kepala anda. Sebab lampu itu macam cermin. Kita boleh nampak apa doktor buat dari pantulan cermin lampu itu. Tida payah curious sangat macam Conan nak selidik apa doktor sedang buat sebelah tirai sana. Jangan overthink. Masa kak ice czer tidak ditemani suami, ada doktor bius lepak tepi kak ice sembang-sembang. Tapi masa suami ada lagi mengada rasanya.
  • Masa proses pembedahan, tidak payah overthink untuk elakkan heart beat laju atau blood pressure naik mendadak. Fikir baby kita tengah tunggu dikeluarkan. Sepanjang kak ice dibedah hari itu, kak ice minta suami mengaji. Segala surah sampai doa qunut dia baca. Kak ice pegang tangan dia. Tengok saja muka dia. Tapi tidak mahu cakap banyak sebab nanti boleh jadi gaduh dengan dia. Takut doktor tikam kami berdua pula.
  • Yes. Anda akan rasa setiap lorekkan atas kulit. Tapi tidak sakit. Rasa macam doktor itu lorek-lorek pakai jari saja dan masa dia nak keluarkan baby doktor akan goyang-goyang perut (so badan pun akan bergoyang). Doktor even akan push baby dari hulu hati turun ke bawah. So guard yourself. Tidak perlu cuak. Just rileks. Mereka sedang keluarkan permata hati anda.
  • And baby pun keluar. Masa ini doktor akan suruh anda declare jantina baby. Dapatlah tengok muka baby. Boleh minta skin to skin kalau nak. Ada hospital bagi Breastfeeding terus. Terpulang pada doktor in charge.
  • Kemudian bermulalah episod jahit menjahit. Lama dowh, so bersabar dan banyak-banyak ucap alhamdulillah. Sebab baby sudah selamat dilahirkan. Kita pun masih bernafas tanpa komplikasi.
  • Masa ini kalau anda kena ikat (BTL), doktor akan buat. Doktor kak ice masa bersalin hari itu excited cakap rahim elok lagi. Boleh try lagi seorang. Boleh pula kami mengiyakan. Bila sudah habis bius, sudah rasa azab sakit terus menyesal kenapa tidak ikat tadi.

BACA>>> Bolehkah Saya Bersalin Normal Jika Pernah Lakukan Ceasarean Sebelum Ini?

Ok so… inilah sedikit sebanyak info apa yang akan berlaku sepanjang pembedahan bersalin. Dari 4 kali pengalaman dibedah.

Takut?

Of course.

Tapi kak ice sentiasa pegang 1 saja.

Everytime i knew i am pregnant…i will preparing myself for death. Bersalin ini 50-50. Apatah lagi pembedahan.

So, kematian itu pasti. Tetapi kita tidak tahu bila dan bagaimana. But i hope kalau i mati sebaiknya mendapat syahid. Tidak syahid besar, syahid kecilpun jadilah. At least diambil Allah masa bersalin pun dah besar rahmat kan. So, kita siapkan sebaik-baik bekal menghadap Allah. Insyallah hilanglah rasa takut itu.

Then, masa prosedur pembedahan dijalankan, ALWAYS POSITIVE! Sebab tak nak heart rate tibe-tiba naik. Blood pressure tiba-tiba mencanak. Tak nak ada apa-apa komplikasi. So dont overthink.

Fikir macam ini saja.

Benda do dunia ini SEMUANYA Allah sudah aturkan. Kita ini jalankan saja. Ada benda kita tidak mampu elak. So kita kena hadap demi Allah.

Tawakkal.

Itu sebaik-baiknya.

Amalan Kak Ice sepanjang prosedur pembedahan ialah selawat tafrijiyah. Ini memang pegangan dan amalan sejak dahulu. Sape rajin boleh google baca maksud terjemahannya.

Istighfar banyak- banyak. Mohon Allah ampunkan dosa kita dan yang penting kena selalu ingat.

Kita dibedah untuk melahirkan anak kita.
Itu adalah tanggungjawab kita.
So, kita kena kuat.
Kita kena sihat demi anak yang akan dilahirkan.

Jadi ibu kena kuat.

Ok sayang-banyak sekalian.
Siapa yang akan bersalin secara pembedahan nanti… Kak ice doakan selamat dan dipermudahkan urusan bersalin.

Dont overthink.
Whatever will be will be.
The future not us to see.

Jangan takut
Jangan gentar
Allah ada!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda