RAMAI ibu bapa menyimpan ubat demam anak dalam peti ais sebagai persediaan. Rupanya tindakan itu mengundang risiko kepada kesihatan anak.

Berikut perkongsian pengalaman seorang ibu Nurasyikin Ali apabila anaknya mengalami ruam satu badan selepas diberikan ubat demam yang lama disimpan dalam peti sejuk. Semoga dapat dijadikan iktibar kepada semua ibu bapa.

Status di bawah sudah disunting tanpa menjejaskan maksud kandungan asal penulis. Status sebenar boleh dirujuk pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


BAHAYA SIMPAN UBAT DEMAM

Ada sekali waktu tengah malam, anak sulung Kak Ekin tetiba demam panas sampai 40ºC. Apalagi, cepat keluarkan botol parasetemol dan suap kepada anak.

Suhu turun sikit tapi badan masih panas. Kak Ekin pun lap badan anak untuk bantu turunkan suhu. Alhamdulillah, demam makin kebah.

Tapi pagi esoknya Kak Ekin perasan, badan anak depan belakang penuh dengan tompok ruam. Kulit kering bersisik. Anak mula nampak menggaru tidak senang dan demam balik.

Kak Ekin sangka anak kena campak keladi. Tanpa fikir panjang terus bawa ke doktor takut sakit makin melarat.

Sampai sana doktor beritahu, simptom ini biasa kena kalau termakan ubat demam yang sudah lama.

Baru Kak Ekin tahu, rupanya tidak boleh simpan semula ubat demam yang dibuka. Kena habiskan dalam masa sebulan.

Apalagi, balik rumah terus buang semua ubat-ubat yang ada dalam peti sejuk. Nasib baiklah anak cuma naik alergi. Tidak ada apa yang mudarat.

Dalam seminggu jugalah ruam alergi itu hendak hilang. Itu pun sebab sudah sapu dengan minyak terapi. Anak tidak bergaru sangat bila disapukan minyak itu. Tidur pun lena.

Jadi ibu ayah yang suka simpan ubat demam dalam peti sejuk, tolong buang sekarang kalau tidak mahu mengundang penyakit.

Melainkan penutup ubat itu belum pernah dibuka. SEBAB

Bila penutup sudah dibuka itu, udara luar yang mengandungi bakteria, wap air dan fungus akan masuk ke dalam botol dan menyebabkan bakteria merebak dan merosakkan bahan aktif dalam ubat.

Lagi bagus simpan ubat yang belum dibuka ditempat kering dan jauhkan dari sinaran matahari. Supaya kandungan ubat tidak terjejas.

Jadi ibu ayah semua beringatlah. Elak sebelum kena. Mak sudah insaf!

#Share supaya ibu dan ayah yang lain pun beringat.

Update:

Tarikh luput bergantung pada cara penyimpanan. Ada pharmacist beritahu 2 bulan. Ada yang 3 bulan. Ada juga doktor yang suruh buang terus lepas demam baik.

Macam anak Kak Ekin suka buka peti sejuk tidak tutup balik. Jadi lagilah selalu botol itu berwap sebab simpan bahagian pintu peti ais. Jadi Kak Ekin nak selamat, buang lepas sebulan tempoh buka.

Apa pun, lebih elok ibu ayah rujuk kepada doktor untuk dapatkan kepastian. Kadangkala simptom lebih kurang, tetapi sakitnya tidak sama. Kak Ekin cuma sampaikan apa yang doktor terangkan kepada Kak Ekin ikut keadaan anak masa tu.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda