SELAIN ubat-ubatan yang diberikan kepada doktor pada awal kehamilan hingga bersalin, tidak dinafikan ramai ibu hamil mengambil makanan tambahan lain untuk memberikan tenaga dan menjaga kesihatan ibu serta bayi.

Tidak salah, tetapi tahukah anda ada makanan tambahan semulajadi yang boleh diamalkan oleh semua ibu hamil?

Berikut adalah makanan tambahan yang sihat untuk ibu hamil dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad bagi pengetahuan semua ibu hamil. Apa yang penting, selamat di makan dan berkhasiat!

BACA>>> 9 Manfaat Buah Delima Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Rahim


MAKANAN TAMBAHAN SIHAT UNTUK WANITA HAMIL

Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al Quran) dan sangat bernutrisi.

Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.

1. KURMA

Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi banyak serat.

Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan, 2-3 biji sudah memadai.

2. BUAH TIN

Buah tin mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak. Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia.

Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah. Juga mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.

3. MINYAK ZAITUN

Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.

4. BUAH DELIMA

Buah delima baik untuk ibu hamil kerana mengandungi fitokimia bagi jantung dan dapat mngimbangi tekanan darah. Ia jga sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.

5. MADU

Pilih madu asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat. Ia sudah terbukti keberkatannya dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.

6. SUSU

Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahim.

Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini. Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.

Semoga bermanfaat.

BACA>>> Makanan Selamat vs Makanan Bahaya untuk Ibu Berpantang

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda