ANAK perempuan memang susah mahu lepas dengan anak patung. Semacam tidak lengkap hidupnya tanpa mainan berbulu itu. Bukan satu, tetapi banyak hingga hampir penuh bilik dalam bermacam-macam bentuk, warna dan corak.

Tersusun kemas atas katil nampak cantik dan comel saja. Tetapi rupanya anak patung itu tidak elok disimpan dalam rumah kerana dikhuatiri dihuni jin yang mungkin datang mengganggu.

Berikut hadis tentang kenapa anak patung tidak dibenarkan dalam rumah.

“Malaikat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada anjing dan patung” (Hadis Riwayat Muslim).

Sekarang mari kita baca perkongsian Taufiq Razif mengenai sikap ibu bapa yang tidak peduli dengan perangai anak yang gemar menyimpan anak patung.

INI SEBABNYA…

“Eh, kenapa Solahuddin terjaga sambil tunding jari ke siling? ”

Situasi ini baru saja terjadi beberapa hari lalu. Anak kedua saya tiba-tiba terjaga pada tengah malam sambil tangan dia tunjuk ke atas. Saya yang terjaga terus lihat ke siling yang ditunjuk anak itu. Kosong! Tak ada apa-apa pun! Kemudian, tiba-tiba si anak menangis!

Ya, Allah. Ini mesti kerja Ummu Sibyan! Sejenis syaitan disebutkan dalam hadis sebagai jin yang suka mengganggu kanak-kanak.

Terus saya palingkan anak saya ke dada saya dan saya tepuk-tepuk punggung anak saya untuk bagi “shock & distract” pada anak saya yang tengah fokus memandang ke atas.

Sambil tepuk anak, saya bacakan kuat surah Al-Fatihah dan ayat Kursi. Tiba-tiba saja tangisan anak saya berhenti dan anak saya terus tidur lena hingga pagi.

Selepas dia tidur, saya terus beritahu isteri. Rupa-rupanya isteri saya tidak matikan radio. Pasang lagu entah apa-apa. Patutlah benda tidak elok masuk dalam rumah. Aduh, saya check juga kalau ada anak patung yang mungkin tidak sengaja dipamerkan atau dimuliakan.

KENAPA?

1. Anak patung hukumnya HARUS kepada anak-anak yang belum baligh saja. Tidak kisah patung teddy bear, Batman, Spiderman ke.

2. Kalau patung untuk anak pun sebaiknya jangan diletakkan atas meja, digantung di tempat tinggi atau dipamerkan dalam almari. Jangan, sebab dikira memuliakan patung.

3. Kalau nak juga simpan anak patung, letak saja bawah katil, kaki atau lantai. Lebih selamat.

4. Patung ini membuatkan malaikat rahmat tidak masuk dalam rumah. Jadi agak-agak benda apa yang masuk kalau malaikat rahmat tidak mahu masuk?

SUMBER: TaufiqRazif

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda