TIDAK semua ibu berpeluang untuk memberikan anak mereka susu ibu sepenuhnya sehingga berusia 2 tahun. Bagi yang tidak dapat menyusukan anak dengan susu ibu, pasti memilih untuk memberikan susu formula pada anak.

Berikut adalah cara memberikan susu dalam tin kepada anak-anak perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad.

BACA>>> Mana Satu Paling Bagus? Kami Senaraikan 7 Susu Formula Terbaik Untuk Bayi

Kebanyakkan ibu yang tidak dapat menyusukan susu ibu pada anak mereka segera memberikan susu formula.

Saya mencadangkan:

1. Jika menggunakan air dari dispenser, pastikan dispenser tersebut selalu dibersihkan dan di servis. Ini mengelakkan menggunakan air yang mengandungi kuman.

2. Jangan menggunakan air yang mendidih. Jika ada bekalan air bersih (difilterkan), hangatkan air sehingga maksima 70 C sahaja. Ini kerana air yang terlalu panas akan mengurangkan kandungan nutrisi dalam susu formula itu.

3. Jangan simpan baki susu dalam botol melebih sejam. Jika susu yang tidak diminum oleh bayi, simpanlah di tempat yang sejuk (contohnya peti sejuk) dan digunakan sebelum tempuh sejam.

Jika mahu digunakan semula, boleh keluarkan dari peti sejuk, dan biarkan ia mencapai susu bilik dan berikan pada bayi. Buang sisa susu yang melebihi sejam kerana kuman mula membiak dalam botol susu, terutama jika tidak disimpan dalam peti sejuk.

BACA>>> Kenali Jenis dan Tip Beli Susu Formula Terbaik untuk Anak

4. Jangan biasakan bayi menyusu sehingga tertidur. Jika dibiasakan ia akan menjadi tabiat si bayi untuk tidur ketika diberikan susu botol. Ia sangat bahaya kerana mengundang risiko tersedak susu. Susu yang ‘bertakung’ dalam mulut bayi juga menyebabkan kerosakan gigi.

5. Walaupun bayi yang disusukan ini bukanlah bayi pertama dan sudah biasa membancuh susu formula, jangan lupa membaca instuktur yang diberikan, selalunya pada tin. Ini membantu memberikan bancuhan yang tepat.

Semoga bermanfaat.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda