SETIAP ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak, tetapi menjadi ibu bapa terbaik bukan perkara mudah. Sepanjang anak membesar, tanpa sedar kita sudah melakukan sesuatu yang boleh merosakan anak. Tidak salah sayangkan anak, tetapi biarlah berpada-pada.

Perbetulkan kesilapan kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak menjadi insan berguna pada masa depan.

1. CARI NAFKAH SAMPAI LUPA ANAK

Cari nafkah memang tidak salah. Bahkan cari nafkah ni wajib hukumnya! Yang mejadi salah apabila cari nafkah sampai lupa benda paling asas yang anak perlukan. Anak bukan cuma perlu disuap fizikal dan tubuhnya. Anak juga perlukan disuap psikologi dan rohani.

Tidak ke kejam kita sibuk cari nafkah untuk anak tetapi peluk cium anak pun kita tidak pernah buat? Hatta anak solat ke tidak pun kita tidak pernah amik tahu. Apatah lagi nak periksa bacaan Al Fatihah mereka!

2. TAK PERNAH JELASKAN TENTANG MATLAMAT HIDUP

Antara benda paling penting bagi seorang anak juga adalah mindset dan matlamat hidup. Kita sibuk sangat dengan kerja, bayar hutang, masalah dengan pasangan sampai ke masalah kerja hingga lupa beritahu anak apa matlamat hidup mereka.

Anak yang tidak tahu matlamat hidup ini nanti akan mencari-cari matlamat hidup palsu di luar. Bila anak rosak dan sesat, kita pandai pula marah. Padahal kita yang tidak bagi mereka peta kehidupan. Peta kehidupan itu adalah matlamat hidup yang kita wajib berikan!

Kejam kan bila kita hendak anak kita hidup tetapi tidak pernah beritahu anak kita apa tujuan hidup yang sebenar. Hidup tanpa tujuan ni umpama tembak pistol tanpa sasaran!

3. BELI PETI AIS JENAMA MAHAL, TAPI ISI MEROSAKKAN ANAK

Zaman dulu peti ais gunanya bagi makanan tahan lama tetapi zaman sekarang kita jadikan peti ais sebagai kubu penyimpanan gula-gula, aiskrim, coklat, kek, air tin berkarbonat, nuget, hotdog dan bermacam lagi jajan dan makan segera.

Kalau sekali-sekala anak minta jajan di kedai itu mungkin dimaafkan tapi kalau peti ais rumah pun kita sudah jadikan gedung jajan untuk anak kita, agak-agak kita boleh kawal tak?

Kejamnya kalau kita marah orang sakiti anak kita tapi tanpa kita sedar makanan tidak berkhasiat yang kita suap anak kita tu sebenarnya lebih berbahaya!

4. PAKSA ANAK TIRU KITA

Kesian saya tengok sesetengah anak dipaksa oleh ibu bapa untuk menjadi seperti mereka. Padahal setiap anak itu ada bakat dan potensi yang berbeza. Anak kita ada semua Multiple Intelligence.

Ada yang berbakat dalam bidang sukan, bidang penulisan dan bidang kepimpinan. Tugas kita bukan mahu anak jadi macam diri kita. Tugas kita adalah nak anak kita jadi THE BEST VERSION OF HIM/HER.

5. TIDAK SAMPAI HATI TEGUR ANAK

Tugas ibu bapa bukan cuma bagi kasih sayang sepenuhnya secara membabi buta. Tugas kita juga adalah sebagai decision maker bagi anak-anak yang belum matang akal.

Hati-hati kalau kita jenis yang sayang anak hingga tahap tidak sampai hati nak tegur. Mungkin kita adalah jenis ibu bapa yang Permissive. Golongan ibu bapa jenis ini memang sayang sangat pada anak tetapi kasih sayang itu melampau-lampau hingga akhirnya anak  pijak kepala dan memanipulasi ibu bapa.

SUMBER: Taufiq Razif 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda