SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria atau akut pernafasan di Johor Bahru.

TIDAK PERNAH TERIMA SEBARANG IMUNISASI

Pesakit tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarga enggan menerima imunisasi. Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam dan sakit tekak pada 4 Oktober 2018 dan telah dibawa oleh ibunya mendapatkan rawatan awal di klinik swasta pada 11 Oktober 2018.

Keesokan harinya, kanak-kanak tersebut telah dibawa ke unit kecemasan hospital kerana sesak nafas dan hilang selera makan. Pesakit dimasukkan ke wad kanak-kanak dan seterusnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik pada 13 Oktober 2018 kerana keadaan semakin lemah dan memerlukan bantuan pernafasan.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut meninggal dunia pada 15 Oktober 2018 akibat Severe Diphtheria with multiorgan failure. Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal.

BACA>>>> Tentang Cacar Air, Kenapa Anak Perlu Divaksin?

APA ITU DIFTERIA?

PESANAN KKM

KKM menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain.

Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan komuniti.

Dengan itu dinasihatkan ibu bapa yang masih belum memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka tampil untuk mendapatkan imunisasi mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Bagi kanak-kanak yang telah tercicir suntikan, mereka masih boleh mendapatkan perkhidmatan di mana-mana klinik kesihatan terdekat.

BACA>>>> 5 Salah Faham Tentang Suntikan Vaksin yang Kita Perlu Tahu

SUMBERKpk KesihatanBHarian

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda