IBU bapa mana yang tidak pernah marahkan anak? Keadaan dan persekitaran diri kita sebenarnya mempengaruhi sikap kita pada anak-anak. Masalah kerja, tekanan, penat, keletihan dan kurang senaman juga punca kita mudah marah.

Marah-marah manja tidak salah tetapi apabila marah dengan keterlaluan boleh menyebabkan anak kita menjadi tidak berani untuk melakukan sesuatu perkara kerana takut akan dimarah lagi. Secara tidak langsung anak kita akan menjadi bodoh!

Percaya atau tidak? Berikut adalah perkongsian Pakar Motivasi Keibubapaan, Ibu Rose tentang bagaimana sikap ibu bapa yang kerap memarahi anak boleh menyebabkan anak menjadi bodoh.


ANAK YANG SERING DIMARAH BOLEH JADI BODOH!

Memarahi anak memang suatu yang ramai ibu bapa tidak suka. Namun, ramai juga yang tiada skil untuk mengawal diri terutama bila marah sudah di ambang bibir dan dada sudah turun naik.

Maka, terloncatlah kata-kata dengan aura perkataan yang sangat besar dan kuat, ibarat dentuman bom ke dalam diri anak. Anak terus berhenti membuat apa yang dilarang serta merta. Dan ramai ibu bapa menyangka, ianya sangat efektif. Sebab hasil terus dapat dan sangat cepat.

Mak bila ini berlaku, maka ramai yang meneruskan cara ini dan menjadikan marah itu sebagai cara untuk mengawal anak yang tidak tahu duduk diam dan sering mahu lakukan cara dia. Maka parentingnya menjadi parenting yang asyik marah anak.

Adakalanya memang tulenlah kemarahan itu kerana nak membetulkan anak. Tidak kurangnya, sebab keadaan diri yang penat tapi banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. Rimas dengan masalah harian. Sesak nafas dengan duit asyik tidak cukup. Lantarannya, marah yang pada mulanya adalah kerana sayang dan mahu membentuk, menjadi cara melepaskan emosi dan anak menjadi ‘punching bag’.

Apa yang lagi menyedihkan adalah, ada yang menggunakan alasan untuk menyakinkan diri bahawa perbuatan marah-marah adalah okay… mereka memberi alasan yang biasa sudah didengari, “Saya marah anak sebab saya sayangkan dia. Saya tak nak dia buat silap!”

Ketahuilah, tidak salah marah anak. Terutama apabila sangat perlu untuk dia tidak meneruskan perbuatan yang bakal merosakkan dia dan keluarga dan orang ramai. Yang salah adalah bila parenting kita hanyalah dipenuhi dengan marah-marah.

Jika ini yang berlaku, kita perlu ambil langkah ke belakang dan berfikir dan bertenang; tanya diri; “Adakah ini cara parenting yang hendak saya teruskan?” Kenapa anda tidak mahu penuhkan parenting anda dengan marah-marah.

Inilah sebabnya. Sila teruskan membaca.

Bila anak berada di dalam keadaan yang meragui keselamatannya, tenaga di otak anak akan pergi ke bahagian otak yang paling bawah, iaitu Otak Reptilia atau Otak Takut.

Di sini, ada 3 jenis respon sahaja Lari, lawan atau lembik kaku.

Jika anda bernasib baik, anak sekadar lari atau lawan. Tapi jika masuk kepada lembik kaku… inilah dimana anak itu boleh menjadi gagap, tidak berani nak berfikir, tidak confident memanjang dan hilang kemahuan untuk melakukan sesuatu termasuklah belajar.

Bila ajar, dia akan takut dan sangat malas untuk belajar. Yalah takut nanti kena marah lagi.

Jika anda tahu anda baran, atau suka marah-marah, Ibu sarankan cari jalan pulihkan diri anda balik. Anda tidak dilahirkan baran begitu. Something in your life has caused that or series of things has caused that.

Do something about this. It is not cool at all, memanggil diri “saya ni baran” kenapa nak identify kan diri dengan panggilan itu. Ianya hanya menguatkan identiti yang memusnahkan hidup anak-anak anda?

Belajarlah untuk menjadi sabar. Menjadi sabar ini juga kemahiran. Setiap cabaran ada jalan penyelesaiannya.

SUMBER: Ibu Rose

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda