MEMANG stres kalau anak jenis yang tidak mahu dengar kata. Boleh pula dia buat dek saja setiap kali kita tegur dan nasihat. Hah, tidak pasal-pasal kita pula yang melenting dan mulalah terkeluar ayat-ayat jahat.

Jangan buat macam itu OK. Sebelum anak kita jadi lebih parah, ada baiknya kita cermin diri sendiri dulu, dan perbetulkan kesilapan sambil ambil tahu sebab kenapa anak kita jadi sebegitu. Kata orang dan pakar, ibu bapa sentiasa menjadi contoh kepada anak, seperti kata bidalan, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.

1. KITA TIDAK DENGAR CAKAP ORANG LEBIH TUA 

Mungkin anak kita pernah lihat kita tidak dengar orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa atau suami/isteri. Anak kita akan mengikut cara dan akhlak kita. Jadi berbuat baik dengan semua orang. Kita adalah pemimpin kepada anak.

2. BUAT TIDAK TAHU BILA DIA BERITAHU SESUATU

Cuba ingat semula, pernah atau tidak terjadi anak kita minta sesuatu tetapi kita buat tidak tahu saja. Atau mungkin juga anak kita cakap atau cerita sesuatu tetapi kita tidak sedar atau peduli.

Pada pemikiran anak itu adalah behaviour yang dia belajar. Jadi dia pun akan melakukan perkara yang sama. Kalau dia dengar pun mungkin kerana dia takut pada kita.

3. SELAMATKAN DIRI

Anak kita biasanya berkelakuan seperti ini kerana apabila kita mula bercakap, kita asyik marah saja. Jadi apabila dia mahu selamatkan diri dia akan switched off diri terutamanya yang remaja.

4. ANAK DALAM ‘GENIUS STATE’ 

Genius State bermaksud satu keadaan apabila anak sedang ralit melakukan sesuatu dengan fokus.

Ketika anak kita dalam keadaan ini, dia tidak dengar apa yang kita cakap sebenarnya.  Jadi apabila dia tidak dengar, dia tidak menyahut, ada yang akan labelkan anak “kenapa tak ikut cakap mak?”

Jika berlaku selepas 2 hingga 3 kali anak kita tidak menyambbut panggilan kita, pergi tengok apa sebenarnya yang dia lakukan. Cuba break the genius state dengan langkah ini.

“Pergi tepi anak dan pegang sedikit bahu atau tangan dia dan kata “sayang tadi mama panggil” dan beritahu dia dengan baik dan minta dia berhenti bermain dan lakukan apa yang kita minta, kemudian main semula”

5. PENERANGAN TIDAK CUKUP

Kita sering menggunakan bahasa yang tidak child-friendly. Anak kita yang berusia 3 tahun tidak faham apa yang kita cakap kerana usianya yang masih kecil. Dia belum lagi matang dan belum lagi memahami seperti yang kita harap dia faham.

SUMBER: IbuRose.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda