SIKAP melindungi anak memang baik. Tetapi jika terlalu mencampuri urusan dalam apa saja kehidupan, sikap itu boleh menyebabkan mereka rasa terkongkong hingga memberikan kesan buruk terhadap perkembangan dan psikologi diri?

Dari segi istilah, ibu bapa kategori ini dipanggil ‘Ibu Bapa Helikopter’ atau ‘Helicopter Parenting’ atau ‘Helicopter Parents’.

Pakar psikologi, Ann Dunnewold mendefinisikan Helicopter Parents sebagai ibu bapa yang terlalu terlibat dalam kehidupan anak secara melampau, terlalu mengongkong, melindungi, malah selalu mendesak anak menjadi terlalu sempurna.

Kebanyakan Helicopter Parents, awalnya memiliki tujuan yang baik, tetapi akhirnya memberikan kesan buruk kepada perkembangan anak.

JENIS-JENIS ‘IBU BAPA HELIKOPTER’ 

1. PENINJAU

Ibu bapa ini biasanya terlibat dalam urusan pencarian pekerjaan anak, antaranya mengumpul maklumat mengenai syarikat, membuat resume, memberi nasihat tentang temu duga, atau secara senyap menghadiri pameran kerjaya.

Helicopter Parents ini ialah jenis paling biasa dan tidak agresif berbanding kategori lain. Ibu bapa peninjau juga boleh membantu anak menyelesaikan tugasan kerja untuk memenuhi deadline.

2. ARAS RENDAH 

Ibu bapa jenis ini akan menggunakan taktik kedudukan untuk menegaskan diri kepada anak. Ibu bapa ini boleh mengemukakan resume atas nama anak dan mempromosi anak di syarikat lain.

Mereka tidak hanya menghadiri pameran kerjaya tetapi turut memperkenalkan diri kepada majikan. Ibu bapa jenis ini sering bertindak seperti ejen dengan mengumpul maklumat dan meletakkan kata yang baik untuk anak.

Ada juga ibu bapa yang mengupah pengurus untuk mengatur temu duga. Apabila dapat kerja, ibu bapa akan menghubungi penyelia untuk melihat perkembangan anak.

3. PERANG GERILA

Ibu bapa jenis ini paling agresif. Mereka boleh menghadiri temu duga kerja si anak (atau sekurang-kurangnya cuba melakukannya) atau menghubungi pengurus pengambilan untuk merundingkan syarat tawaran.

Kajian juga menunjukkan bapa adalah paling berpotensi menjadi helicopter parents jenis ini. Mereka lebih cenderung terlibat dalam rundingan gaji dan mengadu apabila anak dikenakan tindakan disiplin.

KESAN KEPADA ANAK 

1. KURANG PERCAYA DIRI

Anak kita akan hilang kepercayaan terhadap diri sendiri. Ini kerana mereka beranggapan ibu bapa tidak percayakan mereka.

2. TIDAK MAMPU HADAPI MASALAH

Apabila ibu bapa terlalu mencampuri urusan anak, mereka tidak ada kemampuan berdepan masalah tanpa bantuan ibu bapa. Anak juga tidak dapat menerima kegagalan atau kesedihan dalam hidup.

3. RASA CEMAS BERLEBIHAN DAN KEMURUNGAN

Kajian yang dilakukan Univesity of Mary Washington menunjukkan anak dengan Helicopter Parents memiliki tingkat kerisauan (anxiety) dan kemurungan tinggi.

4. SELALU DAPAT APA YANG DIMAHUKAN

Sejak kecil anak sudah terbiasa mendapatkan apa yang diingini dengan campur tangan ibu bapa. Kelak, apabila dewasa, mereka akan terbiasa memiliki apa saja yang dimahukan tanpa perlu bekerja keras.

5. TIDAK TAHU BUAT KERJA WALAUPUN MUDAH

Anak yang sudah biasa dengan bantuan ibu bapa dalam melakukan rutin harian mudah seperti mengikat tali kasut dan mencuci pinggan, kelak dewasa nanti tidak tahu menguruskan diri sendiri walaupun itu kerja mudah.

SUMBER: PsychologyToday.com | WanitaBercerita.com 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda