IBU BAPA kadangkala lupa tentang kemahiran yang perlu diajar pada anak sebelum memulakan alam persekolahan pada usia 5 tahun.

Jika mahu anak menjadi murid yang terbaik di sekolah, ibu bapa boleh mula praktikan 5 kemahiran ini pada anak sedari bayi lagi.

Berikut adalah 5 kemahiran asas yang dikongsikan oleh Terapi Pertuturan, Aishah Kassim dalam Facebooknya untuk makluman semua ibu bapa di luar sana.

BACA>>>  Anak Lambat Bercakap Boleh Pengaruhi Kemahiran Membaca dan Menulis

BANYAK SAJA KEMAHIRAN YANG KENA AJAR SEBELUM ANAK 5 TAHUN (SEBELUM MASUK SEKOLAH)

Kita kadang-kadang terlalu fikirkan untuk mengajar perkataan-perkataan yang berunsurkan akademik pada anak dengan harapan anak pergi sekolah nanti boleh excellent.

Tapi perasan tak? Yang masa usia kanak-kanak bawah 5 tahun, apakah keperluan mereka yang sebenar dan apakah kesan jika kita tidak penuhi keperluan tersebut.

Bagi kanak-kanak bawah 5 tahun, perkara asas untuk mereka develop adalah kemahiran:

1. SENSORI / DERIA

Kemahiran ini untuk membuatkan mereka lebih peka dengan persekitaran, lebih observance, lebih explore. Barulah otak berkembang dengan baik. Barulah nanti nak belajar di sekolah senang. Yang ini memang kena belajar melalui exposure dan pengalaman, bukan tiba-tiba skill itu datang sendiri.

2. KEMAHIRAN MOTOR

Motor halus dan kasar untuk develop kekuatan dan koordinasi otot yang baik. Bila koordinasi dan kekuatan otot badan baik, koordinasi tangan baik, baru boleh belajar dengan selesa di sekolah. Tulisan pun cantik. Skill ini pun perlu belajar dengan praktis dan physically involve. Kalau duduk saja dan tidak banyak bergerak memang susah lah nak dapatkan skill ini dengan baik.

3. BAHASA DAN KOMUNIKASI

Bila nak anak boleh belajar dengan baik di sekolah, mereka perlu faham dulu bahasa dan boleh berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa yang mereka ada itu. Kalau kita cakap pun tidak faham, rasanya faham ke bila baca? Kalau tidak faham apa yang dia baca, rasanya berfungsi ke membaca untuk perkembangan & pembelajaran mereka? Bagaimana nak ajar skill ini rasanya semua orang tahu. Kalau kita nak anak bercakap, kita kena rajin cakap dan berinteraksi dengan anak dengan keadaan betul-betul wujud bersama mereka.

BACA>>> 18 Tip Ini Bantu Kembangkan Kemahiran Anak Bercakap

4. KEMAHIRAN TINGKAHLAKU

Masalah behavior atau tingkahlaku selalunya tidak berkaitan terus sangat pun dengan masalah delay ke apa ke. Tapi tingkahlaku kanak-kanak selalunya berkait rapat dengan parenting skill. Behavior bagus, kan senang nak belajar. Cikgu pun senang hati nak mengajar di sekolah. Tidak adalah kena reject sebab cakap susah nak diurus.

5. KEMAHIRAN SOSIAL

Sosial ini bukanlah bermaksud anak itu boleh bertegur sapa dan beramah tamah dengan semua orang. Kalau anak malu dengan orang tidak kenal itu biasa lah. Skill sosial ini lebih kepada boleh bermain dengan kawan-kawan, boleh bergaul, tahu untuk bezakan cara pergaulan dengan kawan-kawan, sama dengan bergaul dengan orang dewasa atau lebih tua.

Untuk bawah 5 tahun, anda boleh fokus pada 5 skill ini dulu dan kena ingat bercakap dan berkomunikasi tidak sama dengan membaca, menyebut dan menghafal abc.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda