Utama Bum Sana Sini Hukuman Pengasuh Masuk Cili Dalam Mulut Kanak-Kanak Hingga Maut Dianggap Tidak Setimpal

Hukuman Pengasuh Masuk Cili Dalam Mulut Kanak-Kanak Hingga Maut Dianggap Tidak Setimpal

159

KEJAM dan mengejutkan negara apabila seorang pengasuh sanggup memasukan cili ke dalam mulut seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 6 bulan hingga menyebabkan kematian.

Perbuatan pengasuh, Asmarani Ghazali, 39 ke atas Muhammad Afif Kamarol Azli itu dilakukan pada Jun, iaitu dua hari sebelum Hari Raya Aidil Fitri.

Asmarani dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi Seremban oleh Hakim Datuk Abu Bakar Jais selepas dia yang juga merupakan ibu kepada tiga anak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 31(5)(b) Akta Kanak-kanak 2001.

Tertuduh didakwa meng­a­niaya Muhammad Afif Ka­marol Azli dengan cara memasukkan sebiji cili berwarna hijau ke dalam mulut mangsa sehingga menyebabkan kematian mangsa di sebuah rumah di Jalan TTJ 3/1B, Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut Seremban antara pukul 9.30 pagi dan pukul 10 pagi, 13 Jun lalu.

Pertuduhan pilihan terha­dapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengikut seksyen tersebut yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau ke­dua-duanya, jika sabit kesalahan.

BACA>>> 6 Tanda Ini Mungkin Petunjuk Anak Anda Didera

PENGASUH SEPATUTNYA DIPENJARA 10-15 TAHUN

Terdahulu, peguam, Datuk Hanif Hassan yang mewakili tertuduh memohon hukuman yang ringan atas alasan anak guamnya telah menjaga mangsa sejak berusia 5 bulan dan sepanjang tempoh penjagaan sebelumnya, tiada masalah berlaku antara tertuduh, mangsa dan keluarga mangsa.

“Saya juga memohon hukuman ke atas tertuduh diringankan kerana ini merupakan kesalahan pertama dan tertuduh tiada sebarang rekod jenayah dan dia telah menyesal dengan apa yang berlaku serta berjanji tidak akan mengulangi sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang,” katanya.

Bagaimanapun, pihak pendakwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 15 tahun terhadap Asmarani kerana menyifatkan kesalahan dilakukannya amat serius selain hukuman tersebut sebagai pengajaran kepada masyarakat yang ingin melakukan perbuatan sama.

BACA>>> 7 Tip Bagaimana Jaga Hubungan Baik dengan Pengasuh

SUMBER: Utusan

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda