MASALAH jerawat anak remaja berpunca daripada perubahan dan tidak boleh diambil mudah kerana kalau dibiarkan boleh meninggalkan kesan parut seumur hidup. Muka akan timbul jerawat halus kerana kelenjar sebaceous mengembang dan menghasilkan sebum yang dikenaii sebagai hormon androgen.

Jerawat pasir, black head dan white head sebenarnya boleh diatasi dengan mudah tanpa memerlukan set penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia yang kita sendiri tidak tahu kebaikan dan keberkesanannya.

Cuba ramuan memulihkan jerawat ini yang cuma menggunakan air lemon sebagai bahan utama. Jom cuba!

1. MASKER LEMON

  • Sebiji lemon dan perah jus ke dalam bekas.
  • Cuci muka dengan pencuci dan air suam.
  • Kemudian gunakan kapas atau putik kapas (cotton bud) dan celup pada air lemon.
  • Oleskan kapas yang dicelup ke bahagian kulit bermasalah.
  • Biarkan semalaman pada waktu tidur dan cuci pada esok hari dengan air sejuk.

2. LEMON DAN AIR MAWAR

  • Bersihkan muka dengan air dan keringkan.
  • Campurkan perahan jus lemon dan air mawar dengan nisbah 1:1 (air mawar mengandungi agen antibakteria yang dapat mencerahkan kulit).
  • Celupkan kapas ke dalam campuran air lemon dan mawar tadi.
  • Sapukan dengan cara pedap saja. Jangan sapu atau tekan terlampau kuat, nanti risau kulit luka. Biarkan 20-30 minit.
  • Kemudian bersihkan muka dengan air sejuk.

Air mawar boleh dibeli yang sudah siap dibotolkan. Biasanya dijual di kedai jamu pada harga RM6-RM10 sahaja.

3. LEMON DAN YOGURT

  • Cuci muka dengan pencuci dan air suam.
  • Perahkan sebiji lemon dan campurkan 1 sudu yogurt asli.
  • Sapukan campuran tadi pada wajah guna jari pun boleh.
  • Biar sampai kering dan cuci dengan air sejuk.

4. LEMON DAN GARAM LAUT

  • Bersihkan muka dengan pencuci non-exfoliant (foliant – sebatian kimia untuk menanggalkan kulit mati) dan keringkan dengan tuala kering.
  • Perah sebiji lemon dan campurkan dengan garam laut.
  • Gaul campuran tadi hingga menjadi sebati.
  • Sapukan pada muka dan biarkan 5-10 minit.
  • Kemudian gosokkan perlahan ala-ala scrub muka, dan bilas dengan air suam.
  • Gunakan toner dan pelembap selepas cuci untuk mengurangkan rasa pedih.

5. LEMON DAN LIDAH BUAYA / ALOE VERA

  • Bersihkan wajah dengan pencuci dan air suam.
  • Perah sebiji lemon dan campurkan dengan lendir lidah buaya (boleh juga cincangkan terus lidah buaya).
  • Kemudia sapu pada muka menggunakan jari dan biarkan sampai kering.
  • Kemudian cuci dengan air sejuk.

Selain bahan di atas, boleh juga cuba campurkan air lemon dengan cuka epal, madu, minyak zaitun (olive), minyak daun teh (tea tree), lavender dan lain-lain. Proses penyediaan masih sama, guna kaedah seperti diatas.

Tetapi syaratnya, jangalah buat sekali saja dan mengharapkan kesan mendadak. Jadikan rutin sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk lihat hasilnya. Lama-kelamaan jerawat, parut dan kesan merah pada wajah akan hilang.

Bagaimanapun, jika masalah jerawat anak tidak sembuh atau semakin teruk, cepat-cepat pergi jumpa pakar kulit. Selamat mencuba!

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda