APABILA kanak-kanak mengalami pendarahan hidung, dia akan diminta berbaring dan mendongakkan kepala supaya darah tidak mengalir keluar. Tindakan itu sebenarnya salah kerana boleh menyebabkan darah mengalir masuk ke dalam saluran pernafasan.

Jadi ibu bapa atau guru mesti tahu cara betul bagaimanakah menghentikan pendarahan hidung.

Berikut perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang perkara yang tidak patut dilakukan ketika berlakunya pendarahan pada hidung dan cara betul menghentikan darah daripada terus mengalir keluar.


Pendarahan hidung ialah sesuatu yang lazim berlaku ke atas kanak-kanak, tetapi ramai ibu bapa dan guru cuba menghentikan pendarahan dengan cara salah.

JANGAN LAKUKAN PERKARA INI

1. Jangan dongakkan kepala atau berbaring. Darah akan mengalir masuk ke dalam saluran pernafasan.

2. Jangan masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Pendarahan tidak akan berhenti.

3. Jangan biarkan darah mengalir dari hidung begitu sahaja! Lakukan sesuatu.

Apa perlu dilakukan?

CARA HENTIKAN PENDARAHAN HIDUNG

1. Duduk menegak dan tunduk sambil membongkok ke depan.

2. Picit bahagian hidung yang lembut. Nafas melalui mulut.

3. Letak ais di pangkal hidung untuk kurangkan aliran darah di bahagian tersebut.

4. Lepaskan picitan selepas 10 minit. Periksa sama ada pendarahan berhenti atau tidak.

5. Jika masih ada pendarahan, ulangi picit bahagian hidung lagi.

Jika pendarahan berterusan selepas 30 minit, segera jumpa doktor!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy

Ikuti profil FB atau Telegram saya di t.me/NotaDrKamarul untuk dapatkan nota kesihatan yang ringkas dan padat.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda