KANSER payudara ialah penyebab utama kematian di kalangan wanita seluruh Malaysia berbanding jenis kanser lain berpunca akibat perkembangan sel tidak terkawal.

Dianggarkan 19 daripada 100,000 kematian berpunca daripada kanser payudara dan 1 daripada 19 wanita Malaysia berisiko mengidap kanser payudara.

Pengesanan awal tanda kanser adalah sangat penting supaya kita dapat menjalani rawatan. Kaum wanita, terutama berusia 20 tahun ke atas disarankan melakukan pemeriksaan payudara sendiri setiap bulan.

1. KETULAN PADA PAYUDARA

Sekiranya melakukan pemeriksaan sendiri dan mendapati ada ketulan sekitar payudara, segera berjumpa doktor kerana dikhuatiri mengidap kanser. Hal ini bagi mengenal pasti sama ada ketulan payudara itu berbahaya atau tidak.

i. Ketulan Tidak Bahaya

  • Hilang sendiri selepas haid
  • Ketulan lembut
  • Terdapat beberapa ketulan sekitar payudara

ii. Ketulan Bahaya

  • Keras di kawasan tepi bawah ketiak dan payudara
  • Ketulan hanya ada satu
  • Kulit sekitar payudara mengecut
  • Keluar cecair daripada ketulan

2. PAYUDARA GATAL

Salah satu tanda awal ialah kegatalan pada bahagian puting, yang diiringi kulit menggelupas sekitar payudara dan sakit. Puting payudara mungkin mengeluarkan cecair.

3. CECAIR DARIPADA PUTING

Segera berjumpa doktor apabila mengesan keluar cecair daripada puting, sama ada berwarna jernih atau berdarah walaupun tanpa dipicit.

4. KULIT PAYUDARA JADI MERAH

Kulit sekitar payudara akan kelihatan merah atau berlekuk seperti buah oren disebabkan penebalan tisu-tisu akibat kanser.

5. PAYUDARA BENGKAK 

Payudara bengkak mungkin disebabkan keradangan tisu-tisu apabila wujud ketumbuhan yang menekan tisu. Ia juga boleh diikuti kemerahan pada kulit, panas dan gatal.

6. PERUBAHAN SAIZ PAYUDARA

Penting untuk mengenal pasti perubahan bentuk payudara. Perubahan ini boleh dikesan awal sekiranya ada ketumbuhan pada payudara. Jadi, apabila melakukan pemeriksaan, selain ketulan, pastikan saiz juga tidak berubah sama ada jadi kecil atau atau besar.

7. LEHER DAN BAHU KAKU

Kanser payudara biasanya akan merebak pada tulang belakang yang akan menyebabkan kesakitan bahu dan leher. Sekiranya mengalami kesakitan bahagian ini dan tidak hilang walaupun selepas meletak ubat, sila jumpa doktor.

8. PERUBAHAN PADA PUTING

Jika sedar puting tengelam, rata atau simetri, itu juga jadi antara tanda awal kanser payudara. Payudara juga akan mudah sensitif dan jadi lembut.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda