“ASYIK minta barang mahal. Orang kerja biasa macam aku ni mana mampu nak belikan anak iPhone, bagi duit belanja RM200 seminggu, dan hantar pergi kelas gitar. Kesian aku tengok anak stres dan tak ada mood pergi sekolah.”

Baru-baru ini saya ada terima aduan daripada seorang rakan menerusi Whatsapp pasal anaknya yang baru 15 tahun, tetapi sudah panda meminta benda mahal. Kenapa jadi macam ini? Salah siapa?

Ada atau tidak kalangan kita yang ada anak remaja asyik minta barang mahal dan kalau tidak dibelikan mulalah buat perangai! Pandai pula ugut ibu bapa, tidak mahu belajarlah, hendak ponteng sekolahlah dan macam-macam hal lagi.

Berikut beberapa masalah atau penyakit yang semakin menjadi-jadi menimpa anak remaja kita:

1. GAYA HIDUP

Mengamalkan gaya hidup yang tidak sesuai dengan umur dan kemampuan.

  • Hujung minggu panggil GrabCar pergi melepak dengan kawan.
  • Umur 14-17 tahun, tetapi melepak bukan tempat biasa. Mesti Starbucks, kafe hipster, dan kedai mahal!
  • Tujuan melepak tempat high-end itu pula lebih kepada mahu berswafoto dan ambil gambar untuk dimuat naik dalam Instagram, Facebook, Twitter, WeChat dan laman sosial lain.
  • Lepas itu siap berbangga dengan rakan lain acah-acah anak orang kaya.

2. TEKANAN RAKAN SEBAYA

Pantang nampak kawan beli telefon pintar baharu, mulalah dia pun mahu juga. Paling tragis, minta ibu dan bapa belikan iPhone X yang harganya RM5,000. Jenama lain tidak pandang. Tak ada kelas kononnya.

Kalau tidak dapat apa diminta, mulalah stres dan malu bergaul dengan kawan yang ada iPhone! Memamng masalah besar kalau anak remaja kita tidak tahu ukur baju di badannya sendiri.

3. MUDAH TERPENGARUH

Apabila jadikan artis sebagai idola, segala apa yang idola pakai, makan, dan buat, mesti mahu dia ikut sama! Pantang tayang gaya pelik sikit di Internet, mulalah mahu meniru. Lebih pelik, kerja sekolah belum siap, tetapi boleh duduk berjam-jam lama berlatih buat video parodi. Apa saja benda trending, fesyen, produk, dan makanan baharu, mesti hendak cuba dan beli.

4. GILA PERHATIAN 

Sanggup buat benda bahaya dan kurang bijak semata-mata mahu perhatian netizen dan rakan sebaya. Kalau pengikut cecah 10,000 orang di laman sosial sudah kira sangat hebat. Bukankah lebih bagus kalau pandai ambil kesempatan untuk berbisnes atau sebarkan benda bermanfaat.

Malangnya kalau disalahgunakan, belum sempat dewasa sudah pandai sebar fitnah, dan keluarkan komen pelik berbaur hinaan dan cercaan semata-mata mahu jadi tumpuan umum.

5. MAHU BEBAS

Ada anak remaja yang tidak boleh dikawal ibu bapanya lagi. Dia rasa sudah besar dan boleh buat keputusan sendiri. Jika dilarang, lagi dia memberontak. Hari minggu, mahu lepak mall dengan kawan, dan tengok wayang. Malam pula mahu main futsal berjam-jam lama sambil melepak kedai mamak. Memang tidak sepadan usia, tetapi mahu bebas macam orang dewasa.

Bercakap dengan ibu ayah pula semacam dengan kawan-kawan. Hilang habis adab sopan.

6. GILA SKRIN

Ini paling ketara, remaja zaman sekarang gila skrin. Kalau balik kampung kurang bersembang dengan nenek dan datuk. Tetapi gundah gulana sebab line Internet perlahan. Tiada Youtube, Instagram dan video call. Memang boleh jadi gila sekejap kalau tidak ada internet.

7. ‘RELATIONSHIP GOALS’

Budak zaman sekarang pandai bercinta. Pandai berebut teman lelaki dan perempuan. Ada siap bertumbuk di sekolah sebab kekasih pujaan hari. Bahasa dalam telefon, panggilnya, ‘bie, ayunk, ucuk, mama, papa‘. Nauzubillah. Petang pergi ber-dating. Siap ambil gambar sondol sana sini kemudian letak dalam Instagram.


Ohh… zaman anak meningkat remaja ialah masa paling memeningkan kepala. Bukan semua, tapi segelintir saja. Suka menyusahkan ibu bapa dan langsung tidak ukur baju di badan sendiri.

Kasihan ibu dan bapa yang bersabung nyawa mencari duit dengan kos sara hidup semakin meningkat. Sekarang, terpaksa pula melayan kerenah anak yang belum faham erti kesusahan hidup. 🙁

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda