MENGULAS mengenai trend kegilaan sekarang, “Jangan guna duit suami”, wanita ini menyatakan pendapat beliau bahawa trend itu tidak sesuai dan agak bahaya jika diamalkan. Katanya, dalam rumah tangga perlu ada giva and take, jangan sampai menafikan hak diri sendiri.
Berikut merupakan perkongsian Puan Nurul Kasmadilawati menerusi Facebook beliau.
Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Status asal boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.

Acik tidak faham dengan kegilaan trend sekarang “jangan guna duit suami”…….

Mahu jadi wanita berdikari tidak salah. Yang tidak berapa betul ialah wanita berdikari datang sekali dengan pakej terlebih bijak. 

ISLAM KAN SUDAH AJAR

Isteri-isteri, dalam Islam sudah diajar kewajipan suami untuk memberi nafkah. Kalau ada masa lapang, cuba baca apa yang dimaksudkan dengan nafkah dalam islam. Rajinkan membaca dan cari ilmu.

Kalau kita tidak guna duit suami,  siapa lagi? Sifir acik mudah aja. Kalau suami mampu, acik minta suami belikan. Kalau benda tu acik tahu membebankan suami atau diluar kemampuan suami, acik kumpul duit sendiri untuk beli.

MINTA SUAMI BAYAR BALIK

Ataupun, bagi masa kpada suami untuk kumpul duit. Kadang-kadang kalau acik kemaruk sangat mahukan sesuatu, beli guna duit acik dulu lepas tu suami bayar semula sikit-sikit tiap bulan.

Dalam rumah tangga memang kena ada give and take gituuu. Tapi jangan sampai hak kita, kita sendiri tolak semata-mata hendak nampak moden dan ikut trend semasa yang langsung tidak boleh diguna pakai.

Acik pernah terbaca satu ayat. Agak kelakar tapi macam ada betulnya.

“habiskan duit suami supaya dia sedar diri yang dia tidak mampu buka cawangan lain “.

Betul sangat tu. Kalau kita isteri moden pilih untuk tidak guna duit suami, hutang-piutang kita bayar sendiri, utitiliti kita bayar, belanja diri sendiri dan shopping pakai duit sendiri, suami akan ada duit berkepuk. Bila banyak duit mulalah rasa mampu nak cari madu untuk kita.

Setuju atau tidak?

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda