ANAK kecil memang susah mahu makan ubat sampai puas bersilat pula kita dibuatnya. Memang mencabar bukan? Bagus macam mana pun trik, sebaik saja diketahui anak tentang apa yang ditelannya itu ialah ubat, maka trik tersebut sudah tidak boleh digunakan kali kedua. Hah, kena pula cuba trik lain.

Jadi apa kata ikuti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Sadan tentang pemberian ubat suppostori kepada bayi dan kanak-kanak. Tetapi, apakah pula ubat suppostori?


Doktor, kalau lepas makan ubat demam tetapi suhu anak tak surut, boleh beri ubat bontot tak?”

Istilah betul bagi ‘ubat bontot’ atau ‘ubat peluru’ ialah suppostori (supp). Jika anak anda demam dan sukar makan ubat, lazimnya doktor akan beri supp parasetamol (PCM).

Maknanya, ia ubat (bahan aktif) sama seperti ubat demam yang dimakan, cuma medium dan cara pemberian berbeza. Maka jarak antara pemberian supp dan sirap PCM hendaklah 4-6 jam untuk elakkan terlebih dos harian.

Doktor, kalau anak demam, suhu berapa baru boleh beri ubat bontot?”

Jika suhu sudah 38°C, boleh saja beri supp PCM. Sama indikasi seperti beri sirap PCM.

Suppositori ini memudahkan anda beri PCM kepada anak, terutama, jika anak muntah setiap kali PCM disuapkan atau ketika anak sedang tidur.

Masukkan sebiji sahaja cukupkan?”

Untuk kanak-kanak, dos ubat dikira berdasarkan berat badan. Pemberian supp PCM pun begitu. Jadi ia dikeluarkan dalam dosej 125mg dan 250mg.

Nak beri dos tepat jika PCM dalam bentuk suppositori memang mustahil. Kebanyakan pengeluar supp PCM beri saranan berikut:

Umur 6 bulan-4 tahun
1 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari

Umur 5-8 tahun
2 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari, atau
1 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari

Umur 8-12 tahun
2 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari

Sebelum beri supp PCM, periksa dosej supp itu 125mg atau 250mg. Jangan salah.

Kadangkala doktor beri supp Voltaren (NSAID) untuk kurangkan demam. Misalnya, jika anak alergik kepada PCM. Jadi periksa apa yang doktor berikan kerana dosnya berlainan. Dos supp Voltaren ialah 0.5-2mg/kg.

Doktor, macam mana cara betul nak beri supp PCM ni?”

1. Seeloknya, masukkan supp PCM selepas anak buang air besar. Namun, boleh sahaja beri bila-bila.

2. Baringkan anak ke posisi mengiring. Angkat lutut anak ke dadanya.

3. Buka pembalut supp PCM, dan basahkan supp itu dengan air atau KY jelly (pelincir) jika ada.

4. Masukkan (tolak) bahagian supp yang tajam ke dalam dubur hingga masuk kesemuanya.

Doktor, ada apa lagi saya kena tahu?”

Simpan supp PCM di tempat sejuk, kering dan jauh dari capaian anak-anak.

Selain dubur, ada juga suppositori untuk vagina dan urethra (salur kencing). Ada supp untuk tahan sakit, sawan, sembelit, buasir, keputihan, dan mati pucuk.

“Itu sajakan, doktor?” ? Bapa punya soalan.

Ya itu saja. Maaf panjang sangat penjelasan ini. Moga bermanfaat.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda