ADAKAH suami anda jenis gila melayan telefon pintar tidak kira masa dan tempat? Apalah agaknya yang dia sibukkan sangat dengan telefon tu? Suami saya ada perempuan lain? Suami saya sibuk layan rakan-rakan alam maya? Gelisahnya hati setiap kali tengok suami mengadap telefon pagi, petang, dan malam hingga seluruh masa dihabiskan bermain gajet itu.

SIASAT

Siasat dahulu. Kenapa suami jadi begitu? Jawapannya mungkin, ada wanita lain yang dia selalu hubungi, kekasih atau kawan alam mayanya? Jika betul, ini satu malapetaka besar dalam rumah tangga yang perlu diselesaikan segera.

Suami hanya bercakap dengan telefon pintar. Kita pula bercakap dengan kawan-kawan perihal suami. Selesai atau tidak masalah selepas bercerita dengan kawan-kawan? Jika keadaan hanya bertambah teruk, hentikan dahulu minta nasihat daripada kawan.


PERANG ‘HANDPHONE’

1. PERANG DINGIN

Berbulan-bulan tidak bercakap, masing-masing bermasam muka, jeling-menjeling dan memaling muka.  Maki hamun berbakul-bakul, sengsara yang dihadapi kita sebagai isteri? Tetapi apabila keluar rumah, terpaksa pula berpura-pura baik sebab malu jika orang tahu kita sedang berperang.

2. MENGAMUK BALING HANDPHONE

Berderai kasih sayang dalam rumah tangga gara-gara telefon pintar. Si isteri mengamuk kemudian baling telefon, si suami pula memberontak baling pinggan mangkuk.

3. JUDI INTERNET

Ada pula jenis suami yang cintakan telefon pintar sebab gila berjudi. Si isteri mengadu, suami sibuk menghadap komputer dari pukul 12 tengah malam sampai 5 pagi, sebab gila berjudi. Tidur sekejap, kemudian bangun pergi kerja, balik pula sambung berjudi. Si isteri pula malam-malam menangis seorang diri peluk bantal.

4. VIDEO LUCAH

Suami gila melayan chat, Facebook, WhatsApp, Instagram dan macam-macam lagi. Muat turun video lucah, kongsi bersama kawan kemudian cerita bersama. Parah! Parah!


CADANGAN JALAN PENYELESAIAN

  • Buang yang keruh, ambil yang jernih. Berterus-terang dan berbaik sangka untuk terus bahagia.
  • Buang perangai suka bergaduh dan melawan pasangan. Pamerkan sikap tenang, sabar dan tenang dalam menghadapi masalah rumah tangga.
  • Buang telefon pintar yang jadi punca malapetaka rumah tangga.
  • Bawa berbincang, apa sepatutnya dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.
  • Selalu waspada. Jangan sampai fokus terlalu banyak kepada telefon pintar.

SUMBER: MingguanWanita

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda