BARU-BARU ini viral video seorang kanak-kanak berusia 3 tahun menghidap kencing manis disebabkan kerap meminum air kotak dan air manis-manis.

Video berdurasi 1 minit 6 saat itu dimuat turun oleh seorang pengguna Facebook di Indonesia yang berkongsikan cerita kanak-kanak itu, yang juga merupakan anak kepada kenalan pejabatnya.

Perkongsian Hendra Dwi Hermawan pada 30 Julai lalu menceritakan bahawa kanak-kanak itu dikatakan menghidap kencing manis kerana selalu minum susu kotak dan minuman manis-manis.

Ketika diperiksa tahap gula dalam badannya mencecah 624 mg/dL berbanding darah normal di antara 70 hingga 200 mg/dL.

Dalam video itu juga jelas kedengaran pengguna Facebook itu menerangkan bahawa kanak-kanak itu telah diberikan insulin bagi mengubati kencing manisnya.

Dalam video oleh Tribun Video juga ada menceritakan bahawa kes tersebut pernah berlaku pada anak seorang artis di Indonesia, Tike Priatnakusumah pada 2017.

Anaknya yang bernama Latisya Rayya Arifti menderita diabetes ketika berusia 9 tahun disebabkan minum susu kotak dan minuman manis.

Semoga kisah tersebut membuka mata ibu bapa semua agar tidak memberikan minuman dan makanan yang tidak bermanfaat kepada anak.

Elakkan beri minuman kotak dan air manis kerana ia mengandungi gula yang tinggi. Sebaiknya, banyakkan minum air kosong dan beri makanan berkhasiat.

Baca Juga: Kanak-Kanak Pun Boleh Kena Diabetes. Ketahui Simptom Dan Punca

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda