KEGEMBIRAAN seorang ibu dapat memberikan hadiah mainan berupa alat solekan yang diminta anaknya menjadi mimpi buruk buat keluarganya apabila kulit di sekitar muka dan badan anaknya melecet selepas menggunakan alat permainan tersebut.

Semoga perkongsian daripada Puan Fara ini menjadi pengajaran buat ibu bapa semua agar tidak membeli mainan tanpa usul periksa bahayanya kepada anak terutamanya yang masih kecil.

Kejadian ini dikongsikannya pada 20 Ogos lalu…

Ya Allah tidak tahu nak mulakan daripada mana. Terlalu sedih luluh hati ibu tengok kakak sakit. Sekarang kakak sudah 3 tahun 5 bulan demam baru 3 kali ibu ingat sampai sekarang. Ibu rasa ini lah sakit yang teruk kakak rasa sekarang. Ibu minta maaf sayang.

Ibu teringat setiap kali kakak tengok YouTube minta ibu beli make up mainan ini sebab kunun nak bagi anak patung kakak pakai, jadi, ibu pun pergilah beli kat Parkson benda bodoh ini, sudahlah mahal nak mampus!

Ibu pun tidak sangka kakak pakai dan jadi macam ini sayang, ibu minta maaf. Sekarang kakak sakit ibu tidak sanggup tengok sedih tidak boleh nak luahkan.

Ya Allah sembuhkanlah sakit anakku Ya Allah amin amin amin………

Sekarang kakak bila panas habis melecet kulit dia akan mengelupas badan pun ada sebab itu sudah masuk dalam salur darah kakak.

#semogakakakcepatsehatsayang
#jaganbelimaenanmekup2nie
#maenanbahaya

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda