JENAMA produk penjagaan badan, Follow Me memperkenalkan rangkaian mandian dan cucian tangan terbaharu dengan formula antibakteria.

Rangkaian baharu ini bukan saja menghapuskan 99.99 peratus bakteria bahaya, tetapi juga memberi perlindungan tambahan kepada seisi keluarga. Lebih menarik, produk terbaharu ini dapat melembapkan kulit kerana mempunyai kandungan pH 5.5 selain tiada kandungan Paraben dan Triclosan. Jadi, memang selamat untuk kulit!

“Follow Me menjadi jenama isi rumah selama 35 tahun di Malaysia dan kami sudah mengekalkan kepercayaan pengguna sepanjang tempoh tersebut,” kata Pengurus Kanan Produk Follow Me, Jessky Hah.

5 JENIS MANDIAN ANTIBAKTERIA

Rangkaian Follow Me Antibakteria menawarkan 5 produk mandian dan cucian tangan badan dengan 2 varian terbaharu, iaitu:

1. WHITENING (BAHARU)

RM13.90

Rangkaian baharu yang mengandungi ekstrak sakura dan mutiara.

2. BEAUTY MOISTURISING (BAHARU)

RM13.90

Rangkaian baharu yang mengandungi susu beras untuk mendapatkan kulit yang lembap, nyaman dan segar.

3. EXTRA COOL AND ACTIVE CARE

Ekstrak mentol memberikan sensasi dingin dan sesuai pengguna yang aktif bersukan.

4. NATURAL FRESH DAN NATURAL CARE LEMON

Mengandungi ekstrak lemon untuk meremajakan, memutihkan dan memulihkan kulit. Mandian badan dijual pada harga RM13.90, sabun cucian tangan RM6.90 dan sanitasi RM3.90.

5. FAMILY PROTECTION DAN FAMILY CARE

Mengandungi ekstrak peony untuk kulit lembap dan terhidrat. Mandian badan dijual pada harga RM13.90, sabun cucian tangan RM6.90 dan sanitasi RM3.90.


Rangkaian Antibakteria Follow Me bukan sahaja memberi pengalaman mandian menyeronokkan, malah dapat membantu menghapuskan 99.99 peratus bakteria berbahaya.

* Semua produk rangkaian Follow Me Antibakteria ini boleh didapati di semua kedai runcit utama, pasar raya besar, pasar raya dan rangkaian farmasi terpilih.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda