PERHATIKAN gambar dalam artikel ini. Bagaimanakah cara kita membedung bayi? Adakah selama ini anak kita dibedung dengan cara salah?

Sedikit pasal bedung, bedung ialah amalan membalut bayi menggunakan kain yang diamalkan turun temurun, malah diakui kebaikannya dari segi perubatan sains moden. Namun, jika cara dilakukan tidak betul dan bayi dibalut dalam tempoh lama, ia boleh menyebabkan masalah jangka panjang terhadap anak kita.

Jadi, apa kata baca perkongsian fisioterapis, Az Hani yang menjelaskan tentang kesilapan membedung bayi hingga boleh menyebabkan gangguan pembentukan sendi pinggul, dipanggil displasia pinggul atau hip dysplasia.

BACA: 5 Cara Bedung Bayi (Usia Sebulan ke Bawah Paling Sesuai Bedung Anak)


Silap Bedung Bayi Boleh Jadi Punca Hip Dysplasia. 7 Perkara Ibu Mesti Tahu

Membedung bayi diamalkan dalam masyarakat kita sejak berabad lamanya. Kebanyakannya bersetuju bahawa dengan membedung bayi, ia akan berikan rasa aman kepada bayi. Ada juga menganggap membedung bayi ialah salah satu cara mendapatkan bentuk kaki bayi yang lurus dan tidak kengkang.

Dr Nicholas Clarke, melalui Archives of Disease in Childhood menekankan bahawa setiap ibu bapa perlu mengetahui cara membedung bayi dengan betul. Masih ramai yang mungkin kurang sedar mereka melakukan cara salah ketika membedung bayi.

7 PERKARA IBU MESTI TAHU TENTANG CARA BEDUNG BAYI

Beberapa perkara yang harus diperhatikan dalam cara bedung bayi ialah seperti berikut:

1. BIARKAN ADA RUANG UNTUK KAKI BAYI BERGERAK

Mungkin kebanyakan ibu yang menarik dan menekan kaki bayi sebelum melilitkan kain bedung kerana percaya cara ini mengelakkan kaki bayi pengkar.

Menurut pakar, apabila kaki dan pinggul bayi tidak bebas bergerak, ia akan meningkatkan risiko bayi terkena hip dysplasia, iaitu gangguan pembentukan sendi pinggul di mana bahagian atas tulang peha tidak berada tepat pada soketnya. Untuk jangka masa panjang, ia dapat menyebabkan masalah perkembangan pada sendi kaki dan pinggul bayi.

2. PENTINGNYA MENGEMASKAN BAHAGIAN ATAS BEDUNGAN

Sesetengah ibu terlalu memberi perhatian kepada bedungan bawah (bahagian kaki) dan memberi kelonggaran pada bahagian atas. Sebenarnya, cara ini terbalik daripada sebetulnya.

Sepatutnya, ibu perlu memastikan lengan bayi dibedung dengan kemas dan terlilit rapi. Hal ini penting kerana bedungan atas yang terlepas tanpa disedari boleh menjadi faktor bayi lemas atau risiko SIDS (sudden infant death syndrome).

3. PASTIKAN SEMUA KEPERLUANNYA DIPENUHI TERLEBIH DAHULU

Jika anda mahu membedung bayi, pastikan dahulu bahawa bayi sudah menyusu dan lampinnya tidak basah. Apabila keperluan ini tidak dipenuhi, bayi mungkin akan meragam dan rasa tidak selesa ketika dibedung.

4. SAMPAI BILAKAH BAYI PATUT DIBEDUNG?

Menurut The American Academy of Pediatrics, bayi sebenarnya tidak perlu dibedung lagi apabila mereka sudah boleh berguling, iaitu sekitar usia 2-3 bulan. Apabila bayi sudah kuat berguling, mereka mungkin boleh tertiarap sendiri tanpa dapat melepaskan lengan, lalu menghalang pernafasan. Dalam usia ini juga, biasanya refleks ‘terkejut’ atau ‘startle reflex’ akan berkurang dan bayi akan dapat tidur lebih lena.

5. ELAKKAN MEMBEDUNG TERLALU LAMA

Namun jika bayi kelihatan tidak selesa dan sukar tidur tanpa dibedung, bolehlah kita terus membedungnya untuk beberapa bulan lagi untuk membantu dia tidur. Apapun, elakkan membedung terlalu lama kerana sesetengah sumber berpendapat selepas usia tersebut, bedung mungkin menghalang dia bergerak-gerak dan mengganggu perkembangannya.

Tanpa bedung, skin-to-skin contact antara bayi dan ibu dapat berlaku lebih kerap, lalu membantu mengeratkan hubungan dan memberi rasa selesa kepada bayi.

6. PILIH FABRIK YANG SESUAI

Kini terdapat pelbagai produk yang dijual di pasaran khas untuk membedung bayi. Dengan rekaan dan corak comel, ibu-ibu mesti rambang mata untuk memilih!

Perlu diingat, faktor penting dalam pemilihan kain bedung ini antaranya ialah kesesuaian fabrik tersebut dengan suhu negara kita. Pastikan kain tidak terlalu tebal hingga membuatkan bayi terlalu panas dan tidak selesa apabila dibedung.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda