BAYI yang mengalami kembung perut sering disarankan untuk mengambil Gripe Water sebagai makanan tambahan bagi melegakan kesakitan tersebut. Perkara ini sudah lama diamalkan oleh ramai ibu bapa sejak berpuluh tahun lalu.

Bagaimanapun, ada perkara yang ibu bapa perlu tahu tentang ‘ubat’ ini dan kesannya kepada bayi sebelum mengambil keputusan untuk diberikan kepada anak anda.

BACA>>> 5 Cara Mudah Atasi Masalah Perut Bayi Kembung

Penggunaannya bukan perkara baru walau 2 badan besar dunia iaitu WHO & BFHI telah menggariskan tiada sebarang cecair atau makanan tambahan harus di berikan kepada bayi di bawah 6 bulan.

Penggunaannya melangkau strata status dan ekonomi dimana 2 kajian membuktikan sejumlah 43% doktor di seluruh dunia juga masih menyarankan ia sebagai penawar colic atau sawan tangis.

Resipi asal diperkenalkan Woodwards sebenarnya adalah olahan resipi seorang physician pada 1840an yang mencipta penawar ‘fen fever’ iaitu sejenis penyakit malaria!

GRIPE WATER MENGANDUNGI ALKOHOL?

Gripe water TELAH DIBUKTIKAN oleh ramai saintis DAN DI PERSETUJUI RAMAI DOKTOR sebenarnya tidak mempunyai kesan signifikan. Kandungan alkoholnya yang tinggi (sebahagian jenama mempunyai kandungan alkohol 7% lebih tinggi untuk membuat orang dewasa ketagih) di percayai bertindak sebagai faktor penenang.

Sebahagian jenama yang mendakwa bebas alkohol pula mengandungi sodium bikarbonate yang tinggi dimana penggunaan berterusan boleh menyebabkan alkalosis dan milk alkali syndrome pada bayi.

Beberapa kes penyakit akibat penggunaan kerap pernah direkodkan di seluruh dunia. Penggunaannya makin mendapat tentangan dan sebahagian negara telah pun mengharamkannya.

Lebih-lebih lagi setelah lebih sedekad lalu saintis membuktikan bahawa colic atau sawan tangis yang benar-benar disebabkan kembung, kesakitan atau ketidakselesaan perut hanyalah kira-kira 10-15% dari bayi colic keseluruhannya.

Selebihnya colic hanyalah disebabkan adaptasi lemah bayi terhadap dunia baru dan hakikat mereka mudah rimas dengan ransangan dari keliling. Selalunya, tangisan boleh di kurangkan dengan amalan gendong, teknik cuddle cure atau teknik bertenang yang lain.

6 PERKARA PERLU AMBIL TAHU JIKA INGIN BERI PADA ANAK 

Jika bayi anda benar-benar di buktikan kembung dan anda masih ingin menggunakan gripe water atau yang setara dengannya, pastikan 6 perkara di bawah ini:-

1. GRIPE WATER TERBAHAGI KEPADA 3 JENIS

  • Hemopati yang menggunakan bahan semulajadi
  • Dadah tiruan seperti dadah refluk atau dadah anti-gas yang juga di kenali sebagai Simethicone
  • Berbentuk supplemen tambahan

2. PILIH YANG MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI

Pilih gripe water yang hanya menggunakan bahan semulajadi. Kebanyakkan gripe water jenis supplemen tambahan tidak mendapat FDA approval kerana polisi ini tidak wajib bagi supplemen. Manakala, bagi gripe water berasaskan dadah tiruan, FDA melarang penggunaanya kepada bayi kurang 2 tahun.

 BACA>>> Perlukah Bayi Pakai Barut Dan Benarkah Ia Mampu Elak Perut Kembung?

3. KETAHUI KESAN SAMPINGANNYA

Gripe water berasaskan dadah tiruan dan supplemen tambahan memang mempunyai banyak kesan sampingan termasuk mengganggu keasidan asli perut, melemahkan tulang, merencatkan penyerapan vitamin dan lain-lain.

4. JANGAN AMBIL SECARA TETAP

Jauhi sama sekali sebarang gripe water yang memerlukan anda memberinya secara ‘regular dosing’ iaitu perlu di ambil secara tetap dan bukannya hanya ketika simptom colic muncul.

Ramai ibu bapa yang menjadikan perkara ini sebagai amalan dengan harapan dapat mencegah sebelum terkena, sedangkan memberi sesuatu yang tidak diperlukan badan bayi bukanlah perkara bagus.

5. JANGAN BELI YANG MENGANDUNGI ALKOHOL

Jauhi gripe water beralkohol kerana sangat merbahaya kepada bayi

6. ELAK YANG MENGANDUNGI KANDUNGAN TIDAK SESUAI UNTUK ANAK KECIL

Jauhi gripe water yang mengandungi sodium bikarbonate, gula, minyak dan ekstrak herba, gluten, soy serta produk tenusu binatang kerana di buktikan tidak bagus dan tidak sesuai untuk bayi kecil.

Pelbagai jenama gripe water terdapat di pasaran. Malah beberapa ubat penawar colic tidak menggunakan label gripe water sebaliknya menggunakan nama seperti dentinox, colief, infacol, colic drop dan lain-lain. Buat pilihan anda dengan bijak.

SUMBER: BabyLanguage

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda