PELUKAN merupakan salah satu tanda kasih sayang dan rasa cinta terhadap pasangan. Sedar atau tidak, bila kita dipeluk pasangan, ia bukan sekadar sentuhan fizikal, namun juga secara emosi.

Sekiranya anda jarang tidur berpelukan, apa kata mulakan hari ini. Jangan pula beri alasan, panas, rimas, tidur tidak lena dan macam-macam lagi

Ini kerana satu kajian telah membuktikan, pasangan suami isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri.

7 FAKTA TIDUR BERPELUKAN DENGAN PASANGAN

1. CEGAH STRES

Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.

Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.


2. MENAIKKAN KADAR HORMON OXYTOCIN

Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

BACA>>>> 5 Trik Suami Wajib Tahu untuk Buat Isteri Gembira!


3. TIDUR LEBIH NYENYAK

Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia).

Kita juga akan merasa lebih tenang dan tidak memikirkan hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.


4. BAIK UNTUK JANTUNG

Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.


5. BANGUN DENGAN PENUH TENAGA

Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.


6. PANJANG UMUR

Satu kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.


7. TANDA KASIH SAYANG

Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.

BACA>>>> 10 Cara Bahagiakan Suami dalam Hubungan Intim

SUMBEROneExtraordinaryMarriage

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda