EMBOLI ialah situasi menimpa ibu hamil yang tidak boleh dijangka dan dicegah serta berpotensi berlaku sama ada pada kelahiran normal ataupun pembedahan (caesarean).

Dalam bahasa mudah, emboli ialah keadaan yang mana aliran darah pada arteri tersumbat objek asing seperti gumpalan darah atau gelembung udara. Risikonya pula boleh menyebabkan kematian! Apabila aliran darah dan oksigen tersumbat, maka fungsi organ akan mengalami kegagalan.

Menurut Ketua Bidang Ilmiah Perkumpulan Obstetrik dan Ginekologi Indonesia (PB OGI), Dr Andon Hestiantoro berkata, setiap proses kelahiran sama ada menerusi pembedahan ataupun normal ada risiko emboli.

Emboli pada ibu bersalin tidak dapat dijangka dan dicegah, kelahiran caesar atau normal masing-masing berisiko emboli, tetapi risiko tinggi ialah bersalin secara caesar.

Hal ini terjadi kerana bersalin menerusi pembedahan lebih banyak melibatkan pembukaan atau torehan yang dilakukan untuk memberi laluan kepada bayi.

Ada dua jenis emboli yang sering dialami ibu hamil: emboli udara dan emboli air ketuban. Kedua-dua emboli ini boleh membawa maut.

Bagaimanapun, kematian akibat emboli jarang berlaku dengan nisbah 1:80,000 bagi setiap kelahiran, tetapi setiap kelahiran ada risiko emboli.

KEMATIAN AKIBAT EMBOLI KETIKA KEHAMILAN

1. EMBOLI PARU-PARU

Emboli paru terjadi ketika satu arteri paru-paru tersumbat tiba-tiba. Hal ini disebabkan gumpalan darah beku terpecah dalam pembuluh darah kaki. Darah beku itu kemudian bergerak ke arteri paru-paru dan menghalang saluran aliran darah. Keadaan ini boleh menjadi sangat serius dan kematikan.

Emboli paru-paru ada risiko lebih tinggi terjadi ketika kehamilan kerana 3 faktor:

  1. Kerosakan pembuluh darah
  2. Pembekuan darah yang tidak normal
  3. Penurunan aliran darah

Semua faktor ini disebabkan:

  • Perubahan kadar hormon dan komposisi darah dalam badan wanita hamil, yang mempengaruhi pembekuan darah.
  • Berkurangnya aliran darah pada bahagian kaki akibat berat tubuh janin yang menekan pembuluh-pembuluh darah.
  • Berlaku kecederaan pada pembuluh darah ketika melahirkan normal atau pembedahan.

2. EMBOLI AIR KETUBAN

Emboli air ketuban boleh terjadi apabila berlaku penyumbatan arteri paru-paru ibu akibat cairan ketuban.

Keadaan itu boleh berlaku ketika air ketuban, terdiri daripada lemak, protein, unsur elektrolit, dan garam, menyebabkan kesan alergi hingga muncul reaksi seperti sesak napas, tekanan darah menurun dan koma.

Tanda-tanda emboli air ketuban ialah:

  • Sesak nafas mendadak
  • Ada cairan berlebihan dalam paru-paru
  • Kegagalan jantung untuk mengepam darah
  • Tekanan darah menurun mendadak
  • Kedinginan
  • Denyut jantung meningkat atau berlaku gangguan pada denyut jantung
  • Janin mengalami penurunan denyut jantung atau keadaan degup jantung tidak normal
  • Kejang
  • Koma

CARA PENCEGAHAN EMBOLI

Sehinggga kini, belum ada cara mencegah atau mengenalpasti seorang ibu mengalami emboli. Biasanya pakar hanya akan mengetahui ketika pembedahan.

Bagaimanapun, emboli boleh dicegah pada kehamilan dengan mengenal pasti jenis penyakit yang menyebabkan emboli berlaku seperti obesiti, merokok, penyakit jantung dan tidak aktif dalam jangka masa lama.

Pakar juga boleh mencegah emboli, contohnya bagi emboli air ketuban – pemeriksaan sepanjang kehamilan secara berjadual ialah salah satu cara mengetahui kemungkinan terjadi risiko emboli air ketuban.

SUMBER: Liputan6.Com | Go-Dok.com

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda