BATUK dan selsema sememangnya menjadi masalah kesihatan yang sering dialami oleh bayi dan kanak-kanak. Lebih parah lagi, jika anak menghidap asma, ia akan memberikan kesan yang lebih teruk.

Jika berjumpa dengan doktor, air suam adalah yang terbaik diberikan kepada anak kita ketika ini. Apa sebabnya? Baca penerangan ringkas tetapi jelas daripada Dr Abdul Rahim yang dikongsinya di Facebook untuk pengetahuan bersama.

Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Status asal boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


ILMU BATUK DAN SELSEMA. Artikel 777. ( Jawapan daripada artikel 776)

Boleh tak MINUM AIS atau AIS CREAM ketika batuk selsema? Mengapa ketika ini AIR SUAM PANAS terbaik??

JAWAPAN: 

Nak bedal ais ke, ais kacang ke atau ais krim ke di persilakan, rezeki selera kita time cuaca panas baru-baru ini. Tapi kalau doc atau anda dijangkiti BATUK, SELSEMA atau BERKAHAK cuba elak atau corner daripada AIS atau AIS CREAM.

Ini sebabnya doc nak kongsi dengan semua sebagai ilmu bersama:-

Doc dan anda semua suka betul minuman ais atau ais krim. Bila doc atau anda telan saja ais atau ais krim, ia bergerak ke bawah esofagus (saluran makanan) bersebelahan trakea (saluran penafasan) menjadi SEJUK daripada suhu badan anda. Badan anda cara automatik akan respon dengan “cough refkeks” atau refleks batuk sebagai respon bila keadaan di kawasan itu terlalu sejuk yang lama.

Apatah lagi jika doc atau anda berkahak, mukus dan lendir berada di persimpangan esofagus dan trakea ini. Ia akan memburukan lagi keadaan bila esofagus dan trakea disejukkan oleh ais atau ais krim, kahak mengeras dan jadi lebih tebal dan melekek serta ganggu saluran penafasan juga makanan anda. Maka badan bertindak balas dengan BATUK bertubi-tubi untuk CLEAR UP saluran-saluran ini daripada kahak ini untuk mudahkan anda bernafas. Apatah lagi kalau anda ada Asma. Waspada tau! Kalau kahak tersumbat, lelah lagi teruk. Kuman membiak. Kalau kuman merebak keatas ke hidung anda, SELSEMAlah anda. Kalau kuman di kahak masuk paru-paru terutama kanak-kanak, PNEUMONIA yang diterima. Terpaksalah ramai ibu bapa datang suruh doc SEDUT KAHAK anak-kanak mereka sebab anak mereka susah menyusu atau bernafas bila NEUBULISER tidak beri kesan. Tapi ingat, dilarang beri makan minum selama 2 jam kepada kanak-kanak sebelum buat SEDUTAN atau SUCTION KAHAK supaya masa sedutan kahak susu atau makanan tidak keluar bersama kahak. Semasa sedutan kahak doc atau doktor pakar itu akan ajar anda cara menepuk belakang badan kanak-kanak atau physiotherapy mengeluarkan kahak ketika Suction.

Air suam panas terbaik sebab suhunya lebih kurang sama dengan suhu fisiologi badan. Ia merangsang metabolisme tubuh dengan tingkatkan aliran darah ke seluruh tubuh kita dan fungsinya. Jika dalam keadaan sejuk batuk, AIR SUAM PANAS membantu mencairkan lagi membersihkan kahak, kurangkan keradangan kerengkung dan “cough refkeks” di perantaraan saluran makanan dan trachea. Maka batuk, selsema dan kahak berkurangan.

Maka terbaik minum air suam panas jika anda BATUK, SELSEMA atau BERKAHAK. Tetapi tiada halangan jika anda masih suka minum AIS atau AIS KRIM ketika ini jika anda rasa berbaloi.

Dr Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas.
Penang.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda