ADA pasangan suami isteri tidak mahu mengambil ubat perancang kehamilan atau sebarang peralatan mencegah kehamilan dan memilih menggunakan teknik ejakulasi luar faraj atau ‘pancut luar’ ketika melakukan hubungan kelamin.

Teknik itu dipilih kerana caranya lebih semula jadi, selamat, mudah dan tiada kesan sampingan untuk mencegah kehamilan. Tetapi adakah benar teknik itu benar-benar berkesan?

Kepada pasangan yang mahu merancang kehamilan, baca dahulu perkongsian ringkas Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Muhammad Izzat Abdul Razak tentang kaedah ejakulasi luar.


‘Buang Luar’ Cegah Hamil?

Ada kalangan suami isteri perlu merancang keluarga atau mengawal kehamilan atas banyak faktor peribadi seperti kesihatan, kewangan, dan lain-lain. Antara teknik digunakan ialah mencabut zakar dari faraj isteri sebelum berlaku pancutan air mani.

Ramai beranggapan ia langkah mencegah kehamilan berkesan. Hakikatnya?

Teknik ini tidak menjamin 100 peratus kerana banyak faktor boleh berlaku. Contohnya, seseorang lelaki mungkin tidak dapat mengawal ejakulasi cukup lama untuk menarik keluar kemaluan, terutama mereka yang kali pertama melakukan hubungan kelamin atau terjadi ejakulasi pramatang.

Selain itu, air mazi yang sering disebut precum, yang keluar sebelum klimaks, mungkin mengandungi air mani yang tinggal dalam salur kencing (uretra) daripada ejakulasi sebelum ini.

Maka, sekarang anda sedia maklum, kenapa teknik ‘buang luar’ bukan cara terbaik mencegah kehamilan. Banyak lagi teknik lain lebih berkesan dengan mendapatkan nasihat doktor atau ahli kesihatan bertauliah!

Memang anak itu rezeki. Tetapi kesihatan ibu itu lebih UTAMA.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda