SEBELUM ini, Datin Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah membantu dua orang kanak-kanak menghidap penyakit kulit (ekzema). Mereka telah membawa keluarga tersebut bertemu pakar kulit bagi mendapatkan rawatan.

Terbaru, Eina Azman dan suami sekali lagi membantu seorang kanak-kanak yang turut menderita penyakit ekzema. Dia juga berpeluang melawat adik Thaqif Arjuna di Penang sebelum membawa dan mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur.

KES KALI INI LEBIH TERUK

“Sejujurnya, kali ini saya berasa keadaan Thaqif lebih teruk. Dia tidak berhenti garu satu badan hingga berdarah. Sayu tengok keadaannya hendak tidur pun susah dek kerana pedih satu badan,” kata Eina Azman

 

View this post on Instagram

 

Salam semua… Pertama skli eina nak ucap terima kasih kepada semua hamba2 allah yang banyak dm eina beritahu tentang sakit yang Thaqif Arjuna alami. Eina dapat tau pasal thaqif sakit masa eina d langkawi. So daripada langkawi 26 nov 2018 baru2 ni eina dan suami decide untuk pergi melawat baby thaqif dan ibu nya @atieatyra di Penang. So selepas melawat n berbincang kami decide nak bawa thaqif dtg ke kl untuk berjumpa dengan doctor pakar kulit. Alhamdullilah hari ni thaqif dan ibunya datang bersama nenek nya sekali berjumpa doctor pakar kulit. Eina rasa gembira sbb doctor kata insyallah thaqif boleh sembuh yang penting ubat jangan tinggal? to be honest kes kali eina rasa lagi teruk??? thaqif tak habis2 garu 1 badan sampai berdarah darah? Sayunya hati tengok thaqif yang nak tidur pun susah dek kerana pedih 1 badan??? ya allah ringan kan lah segala sakit yang thaqif rasai. ?????? insyallah saya n suami akan tanggung perubatan thaqif sehingga sembuh. So for those yang nak memberi sumbangan kepada keluarga @atieatyra bagi meringan kan sedikit beban mereka walaupun Rm1 boleh bank in d number account Nur Athirah Binti Zainal 07140147267526 CIMB . semoga allah permudahkan segala urusan kita semua…. ??????

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

“Ya Allah, ringankan lah segala sakit yang Thaqif rasai. Insyallah saya dan suami akan tanggung perubatan Thaqif sehingga sembuh“.

KITA JUGA BOLEH MEMBANTU

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi membiayai perubatan Thaqif boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB milik ibunya, Nur Athirah, 07140147267526.

 

SUMBER: Instagram Eina Azman

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda