JENAMA susu tepung formula kanak-kanak yang tidak asing lagi, Dutch Lady kini melancarkan produk susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan tahap DHA (docosahexaenoic) tinggi.

KENAPA PERLU PILIH SUSU FORMULA DUTCH LADY? 

1. DHA TERTINGGI

Mengandungi lima kali DHA (20mg DHA untuk setiap hidangan). Sebagai makluman, 60 peratus otak manusia terdiri daripada lemak dan salah satu jenis lemak paling penting ialah DHA.

DHA ialah salah satu lemak baik yang ada seluruh badan, iaitu lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan berfungsi baik.

2. TINGGI KANDUNGAN NUTRISI

Dutch Lady juga mengandungi protein dan 20 jenis vitamin dan pelbagai mineral. Selain itu, rumusan ini mengandungi 0 peratus sukrosa, 44 peratus lebih protein, 70 peratus lebih vitamin D3 dan 150 peratus lebih vitamin C.

KENAPA DHA PENTING?

Bagi kanak-kanak yang berumur 1-5 tahun, otak mereka berkembang pesat hingga 90 peratus. Kajian menunjukkan peningkatan DHA memberi manfaat kepada keupayaan kognitif atau proses pemikiran, tingkah laku dan tahap fokus kanak-kanak.

Jadi, penting buat kita sebagai ibu bapa menyediakan DHA dalam diet harian anak bagi menyokong perkembangan otak mereka.

KEBAIKAN DHA KEPADA ANAK

  • Meningkatkan daya fokus
  • Perkembangan otak yang baik
  • Menajamkan penglihatan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mencegah ekzema

“Hari ini kami amat berbangga kerana mencapai pencapaian baru dalam kategori susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan kandungan DHA tertinggi,” kata Pengarah Urusan Dutch Lady, Tarang Gupta.

Duta susu formula Dutch Lady, Scha Alyahya dan anaknya, Lara Alana turut hadir bersama dalam majlis pelancaran tersebut.

Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ dengam 5x DHA kini boleh didapati di semua pasar raya besar dan kedai seluruh negara. Maklumat lanjut boleh layari SmartMoments.com.my. 

3 KOMEN

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda