GELISAH pula bila baca tentang fahaman ibu mengandung yang tidak mahu ambil asid folik.

Asid folik memang sinonim dengan ibu mengandung. Malah, wanita yang sedang merancang untuk hamil juga disarankan untuk mengambilnya sebagai langkah awal dan persediaan bagi kehamilan yang sihat.

KENAPA PENTING?

  • Ia akan sangat berguna pada saat organogenesis (waktu organ mula terbentuk). Kira-kira usia kandungan 5 hingga 10 minggu.
  • Waktu ini adalah masa yang paling penting sekali kerana ia menentukan sama ada organ anak kita nanti itu baik atu tidak.

RISIKO CACAT

Bayangkan sebarang kecacatan semasa proses penghasilan organ. Kekurangan asid folik akan menyebabkan anak kita mengalami masalah organ sampai mereka tua. Biasanya pada trimester pertama, banyak kes keguguran berlaku.

Semasa organogenesis, ia akan digunakan oleh anak yang sedang terbentuk. Ia umpama bahan binaan yang akan melengkapkan proses pembentukan organ-organ anak.

APA JADI JIKA BEKALAN ASID FOLIK TIDAK CUKUP?

Antara benda dasyat yang boleh berlaku pada anak kita adalah Neural Tube Defects iaitu masalah pada pembentukan otak dan saraf.

BACA>>>> Keliru Lambakan Suplemen? 3 Vitamin Ini Penting Diambil Ketika Hamil


  1. ENCEPHALOCELES: OTAK DI LUAR TENGKORAK


2. ANENCEPHALY: OTAK TIDAK TERBENTUK


3. HYDRAENCEPHALY: TEMPAT YANG SEPATUTNYA ADA OTAK DIPENUHI AIR

 


4. SPINA BIFIDA

Kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah.


5. RISIKO SUMBING

Selain masalah kecacatan tiub saraf, pengambilan asid folik juga penting bagi mengurangkan risiko terhadap sumbing (cleft lip / cleft palate)pada bayi yang dilahirkan.


6. ANEMIA

Bukan saja penting untuk bayi, tetapi asid folik mempunyai peranan signifikan dalam memproduksikan sel darah merah, sekaligus mencegah masalah anemia semasa mengandung.

Sebagai tambahan, ia turut membantu proses pembahagian dan perkembangan sel, sintesis serta membaikpulih DNA & RNA.

BACA>>>> Benarkah Asid Folik Ketika Hamil Punca Anak Hidap Autisme?

SUMBERTaufiqRazif

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda