MEMANG stres juga kalau suami asyik berkepit dengan telefon pintar lebih lama berbanding isteri dan anak-anak di rumah. Sudahlah pagi sampai ke petang di pejabat. Sampai rumah pula, asyik mengadap telefon saja. Anak isteri sudah semacam tidak wujud.

Apabila ditegur, pandai pula marah dan berhenti sekejap. Tetapi selepas itu, terus hanyut dalam dunia telefon itu semula.

Bagaimanakah cara mahu ambil perhatian suami daripada terus leka dengan telefon? Mari baca perkongsian Dr Taufiq Raziq dalam status laman Facebook miliknya.

* Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Status asal boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


Ramai rupanya isteri ada masalah suami asyik sangat main telefon pintar sampai tiada masa mahu layan isteri.

Saya mengaku, saya pun tergolong dalam golongan suami macam itu. Orang bisnes memang matanya macam kena pukau dengan skrin telefon, tapi kalau si isteri tahu cara nak atasi, memang benda ni ada ubatnya.

Sini saya kongsi 5 teknik yang isteri saya pakai untuk tackle saya balik:-

1. Dia akan berhias cantik macam puteri raja. Dia tahu lelaki ini akan kalah dengan visual sendiri. Memang dia tahu kelemahan suami ialah pada matanya jadi dia gunakan benda ini untuk mengalahkan godaan telefon itu.

2. Dia akan banyak bertanya. Sebenarnya dia nak alihkan perhatian saya saja, tetapi memang berkesanlah sebab otak lelaki ini bukan multitasking macam perempuan. Tidak ramai lelaki yang ada bakat untuk jawap soalan sambil main telefon. Kena fokus buat satu benda saja.

3. Dia ajak saya berjalan ataupun keluar makan. Sayakan memang driver tetap dia. Manalah kita mampu nak drive sambil main telefonkan? Kadang-kadang telefon pun kita campak entah ke mana kalau hendak memandu.

4. Dia akan guna kabel pengecas ataupun buat-buat pinjam powerbank kita. Suami ini pula kalau isteri sudah minta nak pinjam, takkan tidak bagikan? Jadi termangulah kita seharian sambil menunggu telefon si dia dicas penuh.

5. Dia akan guna apa saja cara untuk tarik perhatian saya terhadap telefon. Tiba-tiba saja dia boleh masuk ke bilik sambil bawa buah epallah, anggurlah semata-mata nak alihkan perhatian. Paling dahsyat sekali, dia bawa masuk anak-anak. Mana boleh tahan! Comel kot! Terus saya letak handphone dan peluk cium anak saya! Argh!

Apa pun kita kena educate suami masing-masing tentang Sindrom Skrin Elektronik (Electronic Screen Syndrome). Beritahu suami elok-elok atau share artikel ini kepada dia tentang kesan buruk kalau asyik mengadap skrin telefon dan laptop. Antaranya :

  • Menyebabkan penurunan kemampuan kognitif
  • Mata jadi kering dan retina mata boleh rosak
  • Susah tidur
  • Emosi tidak stabil
  • Lebih cenderung terkena Metabolic Syndrome seperti kencing manis, kegemukan dan tekanan darah tinggi

Jangan risau, biasanya orang yang kurang sensitif dengan perasaan orang lain akan mudah tersentak dan insaf bila dia tahu benda ini ada kesan buruk kepada dirinya sendiri.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda