KALAU anda biasa mengikuti perkembangan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar menerusi akaunnya (klik SINI), ada banyak tip dan teknik keibubapaan menarik yang boleh dijadikan rujukan.

Dr Sheikh Muszaphar, yang kini mempunyai 4 anak, banyak berkongsi pengalaman dan tip penjagaan bayi mengikut pengetahuan dan pengalamannya sebagai bapa dan juga doktor. Jadi kepada mama dan papa di luar sana, jom kita hadam apakah tip yang dikongsikan tokoh negara itu.

* Artikel sudah disunting mengikut standard bahasa BumBumCak.

Pic – Bella & Me at School Part 2 – Taken from my Parental talk It’s all about method! anak lelaki yang berpotensi jadi kenalan Bella nanti ehems: 1. Say ‘i love you’ pada setiap anak at least 10 times a day. 2. Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational. 3. Gunakan sebaiknya Golden Age anak2, iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method) memandangkan fasa ini otak anak2 sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak. 4. Inspire & encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya. 5. Strict with your rules at the same time full of love. 6. Expose anak dengan macam2 aktiviti; Math, Flashcard, horse riding, aktiviti kebajikan dll. Anak akan cepat matang. 7. Kanak2 sukakan rutin. Stick with routine 8. Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti. 9. Communicate communicate communicate! Knee down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting. 10. Never saya ‘no’ (its a one way communication). Use a lot of ‘WHY’. 11. Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat. 12. Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak. 13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru. 14. Identify signs of stress & reschedule. 15. EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6, BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH. Semoga perkongsian bermanfaat. Dipersilakan share. Terimakasih sekali lagi buat penulis artikel – semoga bermanfaat untuk semua . Salam Jumaat Everyone… ?

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

1. Cakap ‘I love you’ kepada setiap anak sekurang-kurangnya 10 kali sehari.

2. Jangan biarkan masa anak terbazir walaupun seminit. Isi dengan aktiviti pendidikan.

3. Gunakan sebaiknya usia emas anak-anak, iaitu 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (sudah tentu dengan kaedah betul) kerana fasa ini otak anak sedang berkembang, dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal di dalam otaknya.

4. Beri inspirasi dan galakan kepada anak untuk mendesak diri hingga kepada had batasa supaya mereka akan jadi lasak, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

5. Tegas dengan peraturan dan pada masa sama penuh dengan cinta.


6. Dedahkan anak dengan macam-macam aktiviti: Matematik, kad imbas (flashcard), menunggang kuda, aktiviti kebajikan dan lain-lain. Anak akan cepat matang.

7. Kanak-kanak sukakan rutin. Kekalkan dengan rutin.

8. Kanak-kanak tidak pernah penat. Gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.

9. Komunikasi, komunikasi, komunikasi!! Tunduk dan melutut apabila bercakap dengan anak (paras mata) supaya mereka rasa apa yang kita cakapkan itu penting.

10. Jangan cakap ‘tidak’ (ini komunikasi sehala). Gunakan banyak ‘KENAPA’.

11. Mulakan daripada muda! Jadi apabila besar, mereka tidak cepat penat, kita juga tak penat.

12. Suasana rumah. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.

13. Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.

14. Kenal pasti tanda stres dan jadualkan semula (reschedule).

15. PENDIDIKAN BERMUJLA PADA USIA 6 TAHUN, TETAPI PEMBELAJARAN BERMULA SEJAK LAHIR.


MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda