PENAT sangat hari-hari menjerit dan memekik kepada anak. Kadang-kadang buntu tidak tahu apa sebabnya yang buatkan mereka sangat biadap. Walaupun anak masih kecil, tetapi kalau tidak dididik dengan betul, dia boleh membesar sebagai seorang yang biadap. Nauzubillah, semoga kita dijauhkan dan dikurniakan anak soleh dan solehah.

Berikut perkongsian Dr. Taufiq Razif tentang 5 perkara yang kita tidak boleh buat jika mahu anak membesar sebagai insan yang sopan dan beradab:

1. BAGI GAJET TANPA BATAS

  • Anak-anak zaman sekarang ni bukan biadap sebab mereka jahat, tapi mereka biadap kerana kurang Interpersonal Skills.
  • Setiap hari anak kita asyik hadap skrin telefon pintar dan kawan alam maya hingga sampai skil mereka melayan orang luar jadi tumpul.
  • Itulah yang jadi mereka nampak biadap, padahal bukan sebab mereka jahat tapi mereka cuma tidak pandai hendak bergaul.

2. BERGADUH DEPAN ANAK

  • Apabila tengah emosi, kadangkala kita lupa ada mata memerhati.
  • Kita lupa anak kita ini CCTV terhebat dunia. Dia akan rakam semua yang dia lihat dan sampai masanya dia akan praktik apa yang dia nampak. Jadi, awas dengan kata-kata dan perbuatan. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

3. KOMEN MELAMPAU DI SOSIAL MEDIA

  • Kita sudah dewasa, pandailah juga bezakan dunia maya dan dunia realiti.
  • Tetapi anak kecil ini dia perhatikan kita. Dia mana tahu bezakan realiti, maya atau fantasi!
  • Itu yang dia bawa keluar perangai kasar, suka mengecam dan memaki keluar ke dunia sebenar.

4. SELALU ABAI ANAK

  • Walaupun mungkin kita berada 1 meter sahaja dari anak, tetapi fikiran kita pergi jauh beratus-ratus kilometer dari anak kita.
  • Merasa mahu didengari, diperhati, dan disayangi barulah perlahan-lahan sifat empati dalam diri anak akan berkembang sempurna.
  • Anak yang tinggi sifat empati  tidak akan sanggup biadap kepada ibu bapanya sendiri.

5. MARAH ANAK SECARA MELAMPAU

  • Anak umur 0-1 tahun ada fasa krisis psikososial yang dipanggil Trust vs Mistrust.
  •  Masa ini dia belajar untuk percayakan ibu bapanya. Kalau masa ini pun kita sudah ‘break trust’, anak dengan marah melampau (over sangat) tanpa kawalan emosi, rosaklah perkembangan anak kita.
  • Akhirnya anak jadi seorang yang tiada sifat sabar, suka melenting, sensitif dan keras kepala.

SUMBER: DrTaufiqRazif

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda