RAMAI wanita yang mengalami masalah pada rahim seperti cyst, fibroid, endometriosis dan sebagainya tetapi hanya menyedarinya setelah simptom simptom yang ketara di rasai.

SIMPTOM CYST DAN FIBROID

Kebiasaannya simptom seperti pendarahan yang banyak, senggugut yang kronik, perut semakin membuncit, sakit ketika hubungan intim atau kencing terlalu kerap berlaku apabila saiz cyst atau fibroid itu semakin membesar.

Lebih menyedihkan, rahim terpaksa dibuang ketika usia masih muda dan belum melahirkan anak. Namun masalah ini dapat diatasi dengan baik sekiranya wanita peka dan menjaga peranakan mereka dengan baik.

Menurut Dr Hamid, bagi pesakit yang menghadapi masalah berkaitan peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis ini akan pulih dengan penjagaan makanan yang betul.

HORMON ESTROGEN

Ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser adalah disebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan diddalam badan wanita. Oleh itu makanan yang di ambil oleh setiap pesakit cyst atau fibroid atau pesakit kanser perlulah dapat mengurangkan penghasilan hormon estrogen yang berlebihan.

BACA>>>> 6 Jenis Masalah Rahim Tidak Normal Ini Mungkin Punca Wanita Tidak Hamil

20 MAKANAN UNTUK PESAKIT CYST DAN FIBROID

Kesemua makanan ini mengadungi aromatase inhibitor yang menghalang pembentukkan estrogen. Ia juga mengandungi bahan lain seperti sterols, quercetin, DIM, chlorophyls, resveraterol, proanthocyanidin dan flavanoids.

  1. Buah delima
  2. Sayur brokoli, kobis, bunga kobis dan pak choy
  3. Minyak zaitun.
  4. Cendawan
  5. Anggur merah (anggur lebih berkhasiat jika dimakan sekali dengan bijinya)
  6. Oat
  7. Teh hijau
  8. Buah citrus seperti lemon, limau nipis dan grape fruit
  9. Kekacang seperti badam, walnut dan gajus
  10. Bawang merah
  11. Kunyit
  12. Spirulina dan chorella
  13. Sayur-sayuran hijau seperti sawi, bayam, salad dan lain-lain.
  14. Minyak kelapa dara
  15. Bawang putih
  16. Kucai dan celery
  17. Buah-buahan beri
  18. Maca
  19. Fax seeds
  20. Makanan probiotik seperti minuman yakult dan yogurt.

Selain daripada pemakanan harian, Dr. Hamid juga menyarankan supaya pesakit mengamalkan suplimen untuk mempercepatkan proses penyembuhan seperti vitamin c, vitamin e, kalsium, multivitamin (vitlea), minyak ikan (omega guard) yang kaya dengan omega 3.

BACA>>>> Makanan Tidak Berkhasiat Punca Wanita Muda Hidap Masalah Rahim Rosak

SUMBER: DR.Hamid Arshat

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda