KANAK-kanak yang sering mengalami masalah ulser memang merisaukan ibu bapa. Mana tidaknya, mereka akan mudah demam dan meragam tidak tentu pasal. Ada juga kes tertentu, ulser akan berulang setiap bulan.

Rupanya, ulser ini sering berlaku pada kanak-kanak yang tidak makan sayur dan buah-buahan disebabkan kekurangan vitamin dan nutrisi. Berikut adalah perkongsian Dr Aimi Jaafar yang dipetik daripada Facebook, Klinik Taqwa Bangi tentang ulser untuk maklumat ibu bapa semua.

***Status di bawah disunting mengikut skema penulisan kami tanpa menjejaskan maksud sebenar kandungan asal. Status asal boleh dibaca pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


ULSER MULUT DAN NUTRISI 

Gadis remaja, berusia 13 tahun.
Complain, ulser dalam mulut.
Check tengok, banyak juga.

Tanya lanjut mengenai pemakanan, yes, hit the jackpot.
Pemakanan yang tidak teratur dan tidak berkhasiat.

Apa kaitan pemakanan dengan ulser dalam mulut?

Banyak kaitannya.

Hanya dengan melihat kesihatan rongga mulut, banyak masalah pada badan anda yang boleh doktor / doktor gigi dapatkan, seperti masalah kekurangan zat / nutrisi, masalah amalan makanan yang tidak sihat, habit seperti merokok, masalah pada organ seperti usus, dan lain lain.

1. KEKURANGAN VITAMIN

Kebanyakkan masalah kulit di dalam mulut adalah disebabkan kekurangan vitamin. Dalam kes ulser mulut, secara khususnya adalah vitamin b12. Kanak-kanak terutamanya memerlukan vitamin lebih tinggi dari orang dewasa kerana mereka masih membesar dan badan akan meminta vitamin yang berterusan. Vitamin banyak terdapat dari sayuran dan buah-buahan.

Kanak-kanak yang tidak suka maakan sayur dan buah-buahan akan lebih sering mendapat kekurangan vitamin, seterusnya ulser mulut. Selain kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua yang tidak makan sayur / buah juga akan mengalami masalah ini.

2. KEKURANGAN NUTRISI

Kekurangan folic acid, zinc atau zat besi (iron) dalam badan juga boleh menyebabkan ulser mulut ini. Kekurangan calcium juga ada kaitan. Dalam hal ini, pemakanan yang sihat dititikberatkan.

3. STRES DAN LUKA

Luka atau tekanan pada dalam mulut juga boleh menyebabkan ulser. Seperti berus gigi dengan berus yang terlalu kasar, makanan sesuatu yang keras atau yang boleh menyebabkan iritasi. Penggunaan braces juga boleh menyebabkan ulser yang berulang-ulang. Penggunaan pembersih mulut yang terlalu kuat juga boleh merosakkan kulit dalam mulut yang lembut. Selain itu kebersihan mulut juga penting.

4. SISTEM IMUNITI BADAN YANG LEMAH

Pada yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah akan mengalami ulser mulut yang sering dan berulang. Selain itu, ia juga adalah petanda sakit dalam perut yang memerlukan pemeriksaan lanjut.

RAWATAN

Amalkan pemakanan sihat! Tambah supplement sekiranya perlu. Saya lebih suka amalkan supplement berbentuk makanan seperti yeast flakes untuk vitamin b12 dan folic acid.

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda