ORANG tua-tua kata, wanita selepas bersalin tidak boleh makan laksa selama setahun, takut nanti angin dan sejuk satu badan. Selepas bertahun-tahun lama, pantang larang ini masih diamalkan ramai ibu.

Sebenarnya, laksa banyak khasiat dan boleh dimakan ibu bersalin, menurut Dr Rusyainir Ramli. Malah katanya,amalan berpantang makan laksa selepas bersalin hanya mitos.

Baca penerangan lanjut Dr Rusyainie…

* Artikel sudah disunting mengikut skema bahasa BumBumCak. Harap maklum.


Apalah yang kalian dengki sangat dengan LAKSA ni? Yang pelik, dengan laksa utara saja pula tu. Laksa lain tak ada pula begitu. Memang laksa utara ini musuh ketat ke apa?

Siap terangkan satu persatu kenapa tidak boleh makan laksa sampai setahun lepas bersalin. Kalau sudah beranak tiap tahun macam pesakit akak, 6 tahun kahwin, 5 anak dia, ikut pantang merapu kalian, tidak sentuh laksa langsung gamaknya dia.

Mari akak pangkah kenyataan tidak bernas dan terpesong lagi sesat FB Pa&Ma ni…

1. LAKSA DIBUAT DARIPADA BERAS

Rebuslah 100 kali pun tidak lagi berangin. Laksa tidak boleh. Bihun boleh? Tidak ke aneh? Asalnya beras jugakan? Saiz saja lain. Pasta boleh ke tidak wahai adik bawang? Ke tidak boleh sebab kena rebus juga? Tolonglah. Kalau ikut logik kalian, nasi pun tidak boleh makan ok. Habis nak makan apa? Kentang? Jagung?

2. TULANG IKAN MEMANG TAJAM

Tak ke? Secara lahiriahnya memang tulang ikan tajam. Pernah tertelan tulangkan? Perit dan seksakan. Ikan untuk buat laksa utara ni jenis sardin (selayang) atau kembungkan? Tinggi kandungan omega tu. Kalau sudah direbus dengan periuk tekanan tinggi memang tulang ikan lembut. Tetapi kalau rebus biasa, memang kita buang tulang ikan. Tak ada nak masukkan tulang itu dalam kuah laksa yang kita masak. Logik mana adik bawang wei?

3. DAUN KESUM DAN BUNGA KANTAN UNTUK AROMA

Daun kesum dan bunga kantan yang kita guna dalam kuah laksa itu gunanya nak kasi aroma dan rasa sedap. Tiada kesan apa pun dari segi bahan kimia dalam daun kesum atau bunga kantan pada badan kita setakat apa yang kita guna dalam kuah laksa. Tidak payahlah mengarut sakit sendilah, sakit uratlah, anginlah bagai. Akak sudah tulis pasal angin dan urat. Tolong baca dan hadam. Dah tak payah nak sembang kencang kalau fakta ke laut.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213928348233451&id=1551720152

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213807154563685&id=1551720152

4. TIMUN SEJUK?

Inilah yang paling akak tak tahan. Timun sejuk? Memang sejuklah kalau bubuh dalam peti sejuk. Aduh, mungkin sejuk juga sebab kandungan air dalam timun lebih kurang 95 peratus. Jadi orang dulu-dulu kata timun itu sejuk. Akak pun tidak pastilah kan. Timun sebenarnya sejenis buah kalau ikut definisi sains. Tetapi tiada langsung fakta kata tidak boleh makan timun sebab sejuk, lepas itu nanti berangin. Mitos!

Kalau badan sakit lepas makan laksa itu kemungkinan besar TIADA KENA MENGENA LANGSUNG. Selalunya kesan placebo saja. Sebab kita percaya sangat kepercayaan karut tu, maka jadilah kat kita. Takkan nak salahkan nasi goreng kalau malam selepas makan, akak kena demam teruk dan otot habis sakit? Rupanya akak kena jangkitan virus Influenza A. Salah nasi goreng ke?

Sudahlah. Ini zaman maju dan moden dah. Kenapalah masih berpegang kepada cakap orang-orang tua yang tiada asas sains macam kita yang sudah pergi sekolah sampai universiti ni. Tolonglah.

Ni nak pesan ni. Kalau sesiapa datang nak komen nak tegakkan benang basah, jangan. Ni fakta akak bagi. Bukan sandiwara cerita Melayu pukul 7 malam.

AKAK DOKTOR YANG PANDAI MEMBAWANG

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda