MASIH ramai tidak pasti sama ada boleh atau tidak buat rawatan gigi ketika berpuasa. Perlukah kita berpuasa jika membuat rawatan gigi di bulan puasa? Adakah puasa terbatal?

Mari baca perkongsian Doktor Gigi Dr Izaza Mohd Zan menerusi perkongsian di laman Facebook tentang tip penjagaan dan rawatan gigi yang tidak membatalkan puasa sebagai rujukan bersama.

Status di bawah sudah disunting tanpa menjejaskan maksud kandungan asal penulis. Status sebenar boleh dirujuk pada pautan di akhir artikel. Harap maklum.


Tip penjagaan gigi dan rawatan gigi semasa berpuasa

1. BERUS GIGI SETIAP PAGI

Berus gigi setiap pagi tanpa ada niat batalkan puasa dengan sengaja menjolok anak tekak supaya muntah.

2. GUNA UBAT KUMUR

Kita boleh gunakan ubat kumur selepas memberus gigi, supaya nafas tidak berbau.

3. GUNA VCO 

Boleh berkumur atau buat oil pulling dengan minyak kelapa dara (VCO) semasa sahur untuk kekalkan pernafasan sihat dan kurangkan bau mulut yang kurang enak. 

4. BANYAK MINUM AIR MASAK

Banyakkan minum air masak atau suam ketika sahur atau selepas berbuka puasa.

5. BOLEH BUAT RAWATAN GIGI

Tiada halangan untuk mendapatkan sebarang rawatan pergigian ketika puasa sebab masa rawatan, air liur dan air daripada mesin akan disedut keluar.

6. BUAT JANJI TEMU SELEPAS BERBUKA

Masih was-was untuk dapatkan rawatan semasa puasa? Boleh buat janji temu rawatan selepas berbuka.

RAWATAN YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

1. SEMUA rawatan pergigian yang tidak melibatkan sebarang pendarahan melampau hingga menyebabkan pesakit pitam atau pengsan.

2. Scaling, tampalan, cabutan, pemutihan gigi dan rawatan akar boleh dilakukan semasa puasa.

3. Pemberian suntikan sebelum rawatan gigi juga tidak membatalkan puasa.

4. TERTELAN air liur atau air yang keluar daripada mesin ketika rawatan juga tidak membatalkan puasa, melainkan telan dengan sengaja.

5. Berkumur-kumur ketika atau selepas rawatan juga tidak membatalkan puasa.

Kesimpulannya, tidak ada alasan tidak puasa kalau sakit gigi. Boleh saja puasa, asalkan sakit gigi tidak memudaratkan dan tidak perlu ambil ubat semasa puasa masih boleh puasa.

Masa untuk kuruskan perut dan masa terbaik memutihkan gigi. Bila? Ketika puasa semestinya.


 

MENINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda